March 15, 2012

Sahabat vs Cinta 9

Sudah tiga hari aku dan Aris tinggal di rumah ibu bapa Aris . Hari ini, terlepaslah Aris dari penderitaannya selama tiga hari itu . Terlepaslah kau daripada sofa 'empuk' bilik kau . Hahaha(ketawa kejam).
   
Segala barang diperhatikan . Hurm, rasanya semua dah selesai, desis Alisa .

"Alisa, cepatlah sikit . Kau ni kemas barang ke buat barang",sindir Aris dari muka pintu bilik .
Alisa memandang geram . Tak bertamadun langsung . Cubalah sekali-sekala tu belajar bagi salam . Manalah tahu, aku ni ada penyakit jantung ke, darah tinggi ke . Ni tak, semedang je serang .
"Sabar boleh . Saya dah siaplah ni",Alisa membetul-betulkan tudung yang tersarung di kepala .
Aris menggeleng-geleng seraya ingin berlalu . Tiba-tiba;
"Aris, takkanlah awak nak suruh saya yang bawak beg ni?"soal Alisa .
Aris tersenyum sambil mengangkat bahunya.Terus sahaja dia berlalu meninggalkan Alisa .
Dahi Alisa dikerutkan . Teruk punya orang.Ada ke dia suruh aku yang perempuan ni angkat benda-benda berat macam ni . Aku ni cuma diciptakan dari satu tulang rusuk je . Dia yang tulang berusuk-rusuk tu pun nak berkira.
Lengan baju kurung diangkat setinggi mungkin . Siap kau Aris !


        Tubuhnya disandarkan ke pintu kereta . Jam dikerling . Padan muka kau, angkutlah barang tu . Baru kau rasa akibatnya bawa barang banyak-banyak, desis Aris .
Alisa kelihatan sedang memerah keringat mengangkat begnya .
Tiba-tiba Aris menghampiri . Alisa buat-buat tidak perasan .
"Sini aku tolong",ucap Aris perlahan .
Tangan Alisa dicekakkan ke pinggang .
"Tak payah.Gedik je lebih",ujar Alisa berang.Tadi, waktu aku turun tangga macam panjat gunung Everest dia tak nak tolong . Dah nak sampai kereta, baru ada perikemanusiaan .
"Sayang, biar abang tolong",lembut sungguh suara Aris, dekat di telinga Alisa .
Mata Alisa membulat memandang Aris di hadapannya . Dia panggil aku sayang ke, aku yang berangan .
Dalam asyik Alisa meneglamun, begnya terus diangkat oleh Aris masuk ke dalam kereta .
"Kan bagus macam tu, Aris . Kesian mama tengok menantu mama yang sorang ni angkat barang sendiri",ujar Puan Maimunah di belakang Alisa.Alisa yang sedang mengelamun tersentak . Patutlah ayat jiwang tiba-tiba, rupa-rupanya mama dekat belakang . Tak guna!
"Ala, Alisa ni yang mengada-ngada nak angkat sendiri . Aris nak tolong, tapi dia tak nak sebab katanya tak nak susahkan Aris",ucap Aris sambil memandang Alisa dengan pandangan sinis .
Mulut Alisa terkumat-kamit tak puas hati . Dia yang tak nak tolong, kata orang mengada-ngada . Amboi, amboi amboi ...
"Apa salahnya, ma . Nanti Abang Aris nak drive lagi . Kesian dia",ujar Alisa seraya memandang Puan Maimunah di belakangnya sambil tersenyum manis .
Aris pula datang menghampiri lalu berdiri di sebelah isterinya itu .
"Untung kamu Aris, dapat isteri memahami macam Alisa ni.Kalau kamu tak reti bersyukur juga, tak tahulah mama",ucap Puan Maimunah sambil mengusap-usap kepala menantunya .
Aris tersenyum . Kalau mama nak tahu, Alisa lah orang paling 'memahami' dalam dunia ni .
Alisa tersenyum manis kepada Puan Maimunah . Orang tengah kembang ni kena puji .
"Cantik, baik, pandai, semua ada pada Alisa . Mama harap, kamu jagalah isteri kamu ni dengan baik, Aris",sambung Puan Maimunah . Semakin kembang Alisa dipuji, semakin kembang tekak Aris akibat meluat .
"Baiklah,ma.Aris  akan jaga Alisa dengan baik . Aris kan sayang Alisa",ucap Aris sambil memaut bahu Alisa .
Bulu tengkuk Alisa meremang serta-merta . Oh, ambil kesempatan dalam kesempitan ye!
Bahu digerak-gerakkan untuk menurunkan tangan Aris dari bahunya .
"Sayang, kenapa ni . Lengah ye?"soal Aris prihatin .
Alisa mengangkat bibir kanannya, bengang . Prihatinlah sangat.Ingat aku tak tahu ke yang dia nak perli aku .
Puan Maimunah tersenyum memandang Alisa . Dia yakin, Alisa mampu membuat Aris lupa pada kisah lalunya .
"Okeylah, ma . Aris dengan Alisa balik dulu . Assalamualaikum",seraya tangan tua Puan Maimunah dicapai .
Alisa juga turut melakukan sedemikian .
Mereka berdua melambai-lambai dari dalam kereta . Setelah mengucapkan bismillahirrahmanirrahim, Aris menekan minyak . Semoga mereka selamat sampai ke destinasi .

;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~:~;~;~:~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
   
         Jam menunjukkan 5.30 petang . Akhirnya sampai juga aku, desis hati Aris.
Alisa di sebelah dipandang . Haish minah ni, dari aku start enjin, sampai sekarang tak jaga lagi . Teruk betul perangai, Aris menggeleng-geleng.
Pintu kereta dibuka . Cermin pntu Alisa diketuk-ketuk bagi mengejutkan gadis itu . Alisa berpisat-pisat bangun . Namun, Alisa kembali menyambung tidurnya.
Dengan rasa geram, Aris membuka pintu Alisa .
Alisa yang sedang enak bersandar di pintu, terus terjatuh dalam dakapan Aris .
Jantung Alisa berdetak hebat . Macam baru lepas lari 100 meter je gayanya.
Aris terkaku sebentar . Tak tahu pulak dia sandar dekat pintu.Nasib baiklah aku tahan, kalau tak maunya Alisa mati terkejut.
Tubuh Alisa ditolak kasar ke dalam.
"Bangunlah",ucap Aris kasar .
Alisa memandang geram . Dia ni memang suka ke kalau aku mati muda!
Tali pinggang ditanggalkan kasar .
Aris kelihatannya sudah meninggalkan Alisa dengan beg yang terjinjing di tangan .
Beg dikeluarkan dari bonet kereta dengan kasar . Tak gentleman langsung . Tadi dah lah buat kejutan tak semena, sekarang ni main tinggal je aku dekat luar . Kalau aku kena culik macam mana, omel Alisa .
Termengah-mengah Alisa mengangkut beg masuk ke dalam . Sampai di hadapan tangga, beg di tangan diletakkan ke atas lantai . Tangan dikibas-kibas umpama mengipas diri .
Mana lah Aris ni, tolonglah aku wei !Maunya patah riuk aku angkat beg ni, teriak Alisa di dalam hati .
Kepala didongakkan ke atas apabila mendengar derap tapak kaki menuruni anak tangga .
"Kesian mak cik sorang tu, penat ye",sindir Aris sambil bersandar pada pemegang tangga .
Alisa mengerutkan dahi .
"Sorry sikit, saya belum cukup tua untuk terima gelaran tu dengan sebulat hati, okey.Saya masih muda",balas Alisa geram .
Aris membuat muka menyampah.Yelah, 'muda'!
"Habistu, angkat beg macam umur dah sepuluh abad tu apasal.Tulah akibatnya kalau orang tak suka bersenam",Aris mendekatkan wajahnya dengan wajah Alisa, tidak kurang sejengkal.
Masing-masing memandang dengan emosi masing-masing.Alisa dengan pandangan geram, Aris pula dengan pandangan sinis+macho.Macholah sangat !
Beg Alisa dicapai sebelum dibawa naik ke atas .
Alisa memandang langkah Aris dengan pandangan yang geram . Suka cari pasallah Aris ni.Tapi, nasib baiklah dia ada sikit hati dengan perut dia yang tertinggal untuk tolong aku angkat barang .
Alisa mengikut langkah Aris ke satu bilik yang berada betul-betul di hadapan tangga .
"Ni bilik kau",ucap Aris, acuh tak acuh je.
Kalau tak ikhlas, tak payah bagi aku bilik . Aku check in hotel lagi bagus!
Sebaik sahaja Aris masuk ke biliknya, Alisa terus menutup pintu.
Tubuh dihempaskan ke atas katil . Wah, nikmatnya dapat baring atas katil !Tarik baliklah nak check in hotel . Hehe...
Tanpa disedari, akhirnya Alisa terlelap juga setelah beberapa minit menikmati kenikmatan berbaring di atas katil .



         Pintu bilik diketuk beberapa kali . Haisy, Alisa ni tidur mati ke apa?
Aris mundar-mandir di hadapan pintu bilik Alisa . Nak buat apa ni?Kalau aku pecah masuk karang, dia tuduh aku nak mengambil kesempatan pulak . Kalau aku tak kejut, dia memekak sampai malam macam mak nenek . Dah nak pukul 6.00 dah ni .
Aris mendapat satu idea . Tombol pintu dipulas . Bagus, dia tak kunci!
Sebiji bantal diambil dari biliknya . Pintu bilik Alisa dibuka . Dengan gaya seperti mahu melontar peluru;
bermula dengan fasa persediaan, fasa lontaran, fasa ikut lajak dan...
Sepuluh markah!
Alisa yang terkejut sampai terduduk jadinya .
"Woi, bangunlah!"jerkah Aris.Alisa memandang ke muka pintu dengan perasaan geram . Sekali lagi dia terkejut setelah bangun tidur . Nampaknya, tak lamalah kau hidup Alisa !
"Awak ni kenapa?Tak sabar-sabar ke nak tunggu saya mati",marah Alisa .
Aris tersenyum tawar . Pintu bilik Alisa ditutup . Nanti dia membebel, maunya aku pekak .
Dengan kepala yang pening, Alisa gagahi diri ke bilik air untuk membersihkan diri .

;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~:~;~;~:~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;

         Cerita yang ditayangkan di televisyen begitu menarik minat Alisa untuk menonton . Mana taknya, cerita 'Santau Merasuk' . Penakut tu, penakutlah jugak . Tapi, tengok jelah . Bukannya apa-apa pun .
Aris melabuhkan punggung di sebelah Alisa . Maksudnya, dekat tengah-tengah ada pemidang, okey !
"Wei, alihlah cerita lain",ucap Aris .
Alisa tidak mengendahkan permintaan Aris . Aku dapat dulu tv ni, sedap-sedap je kau suruh aku alih .
"Saya nak tengok cerita ni lah",ucap Alisa dengan mata yang bagaikan melekat di skrin televisyen .
Remote dipegang kuat-kuat.Persediaan supaya Aris tak rampas .
Aris menghempas kasar badannya ke sofa  .Apalah menariknya cerita hantu ni.Tengok cerita Inggeris lagi bagus .
Tanpa disedari ;
Bum !(bunyi petir)
Secara drastiknya , tangan kanan Alisa memegang lengan Aris di sebelah .
"A...Aris, bunyi...apa tu?"Alisa gugup serta-merta .
Aris tersenyum sinis .
"Penakut, tapi tengok cerita hantu",ujar Aris .
Alisa berpaling memandang Aris .
"Mana ada saya takut",Alisa cuba menafikan, walaupun sebenarnya dia memang penakut .
"Tangan aku...",Aris berkalih memandang televisyen yang sedang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang memandang sekeliling rumah dengan ketakutan . Kalau aku lah kan, aku lari menyorok dalam selimut je, desis hati Aris .
Membuntang Alisa memandang tangannya yang berpegang erat pada tangan jejaka itu . Dengan kelajuan 100 km sejam, tangan Aris dilepaskan .
"Saya tak takutlah.Saya takut awak yang takut",ucap Alisa bagi menutup bengang . Dari panas sudah naik ke muka .
"Suka hati kaulah",seraya Aris bangun untuk naik ke atas . Alisa kalut sendirian . Janganlah tinggalkan aku!
Suis tv dimatikan . Setelah menghampiri Aris, hujung baju lelaki itu dipegang . Gayanya macam takut hilang jejak je.
Alisa tersenyum geli hati . Ni ke namanya tak takut ?Alisa, Alisa...

       Malam itu, Alisa tidak dapat melelapkan mata . Ni semua gara-gara cerita hantu tadilah ni . Penakut, tapi ada hati nak tengok cerita hantu malam-malam buta .
Segala gaya dah dicuba . Menelentang, meniarap, mengiring,duduk,diri,cangkung, menonggeng dan macam-macam gayalah, tapi mata Alisa msih tetap berdegil . Kenapalah malam ni mata ni degil sangat !
Sedang asyik Alisa melayan perasaan, tiba-tiba pintu bilik diketuk .
Jantung Alisa berdegup kencang.Ni dah macam scene dalam cerita tadi dah ni . Ya Allah, apa aku nak buat ni .
Perlahan-lahan Alisa mengatur langkah ke pintu bilik . Bantal di tangan dipegang bagi dijadikan perisai kalau si hantu mahu menyerang .
Satu ...dua ...tiga ...
"Ba!",terjah Aris dari depan pintu setelah pintu dibuka .
"Argh",teriak Alisa ketakutan . Bantal ditangan di pukul-pukul ke arah Aris .
Aris menghalang dengan tawa yang galak .
"Alisa, Alisa, ni akulah",ucap Aris dalam tawa .
Mata yang tertutup dibuka . Pukulan yang dikenakan terhadap Aris dihentikan .
"Bingit tahu tak",ucap Aris dengan tawa yang semakin galak .
"Aris!Awak tak guna!",Alisa memukul kuat tubuh jejaka itu .
"Eeei, penakut",ucap Aris mengejek . Dibuat gaya seperti kanak-kanak berusia lima tahun mengejek rakannya .
"Kalau saya mengigau malam ni, siap awak",Alisa memberi amaran .
"Prnakut, penakut, penakut...",ucap Aris berulang-ulang kali . Bantal di tangan, Alisa lempar ke arah Aris . Lemparan itu sempat ditangkap oleh Aris .
Pintu bilik dihempas sekuat hati .
Tak guna!Macam mana aku nak tidur ni?!Taubat, tak nak tengok cerita hantu malam-malam buta . Mak, kakak takut!!
Alisa berbaring di atas katil seraya berselubung dengan selimut .

Semoga lena tidurmu, Alisa !
    
;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~:~;~;~:~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
p/s:sorry kalau cerita terlalu membosankan atau tak dapat memenuhi citarasa anda semua.Harap dapat memberikan komen!                

March 13, 2012

Sahabat vs Cinta 8

      Dua minggu sudah berlalu meninggalkan Alisa.Alisa berfikir-fikir sendiri, betul ke aku nak kahwin dengan dia?Macam mana aku nak hidup sebumbung dengan dia kalau ayik melancarkan ‘perang dunia ketiga’ je?Boleh ke aku ubah dia menjadi lebih baik?
 Sedang ayik Alisa berfikir, pintu bilik dikuak.
“Boleh mak masuk?”Puan Aminah meminta kebenaran.
Alisa hanya mengangguk membenarkan.
“Macam mana anak mak, takut?”Puan Aminah mahu mengusik anak sulungnya itu.Alisa jugalah merupakan harapan dan contoh bagi adik-adiknya.Alhamdulillah, Alisa sudah menjadi contoh yang baik buat adik-adiknya yang bertiga itu.
“Buat apa nak takut?Abang Aris tu manusia jugak, bukannya harimau belang”,usikan ibunya dibalas dengan usikan.Kalau Aris harimau, sah-sahlah aku tak jadi kahwin dengan dia.
Alisa berfikir sejenak.Aku panggil dia Abang Aris ke?..Wek, wek
“Anak mak dah jadi isteri orang dah sekarang.Tunggu suami kamu datang sarungkan cincin je tinggal”,sayu suara Puan Aminah.Mana tidaknya, anak gadisnya harus diserahkan kepada lelaki yang akan bertanggungjawab terhadap anaknya.
Alisa terpempam.Lupa pulak aku dah siap make up, dress up, segala jenis ‘up’ lah.
“Mak, janganlah sedih.Nanti Alisa pun sedih”,seraya Alisa merangkul tubuh ibunya yang telah dimamah  usia ke dalam pelukannya.Benteng air mata dibina setinggi dan sekukuhnya.
Pelukan dieraikan.Puan Aminah mengusap kasih pipi anaknya yang bergelar raja sehari itu.Dulu, cuma pergi kenduri kahwin orang je.Sekarang ni, anak aku yang kahwin, desis hati kecil Puan Aminah.
“Alisa, tanggungjawab sebagai seorang isteri tak kurang beratnya dengan tanggungjawab suami.Seorang isteri yang solehah akan taat dan patuh perintah si suami selagi tidak membawa kepada kesesatan.Seorang isteri yang solehah juga akan mengutamakan suami dalam segala hal, menjaga maruahnya serta maruah diri sendiri, menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, dan yang paling penting menghormati suaminya selagi dia layak dihormati”,kudus sekali nasihat Puan Aminah di pendengaran Alisa.
“Insyaallah, mak.Alisa akan buat yangterbaik”,janji Alisa pada ibunya.
Sedang mereka melayan perasaan, kompang dipalu menandakan pengantin lelaki sudah tiba.
“Ingat pesan mak tu, sayang”,ucap Puan Aminah sebelum meninggalkan puteri sulungnya itu untuk menyambut tetamu yang hadir.
Alisa tersenyum halus.Alisa akan buat yang terbaik!


       Selesai sahaja majlis pembatalan air sembahyang, Alisa dan Aris bergandingan bersama untuk upacara makan beradab.Terpaksalah Alisa dan Aris saling bersuapan bagi memenuhi permintaan jurukamera.Macam dia je yang kahwin!
       Mereka bersuapan umpama pasangan yang sangat bahagia.Ha ha ha!Cerita lawak mana yang aku borong ni?!
Bahagialah sangat dapat suami pencari masalah macam ni.

Tetamu yang hadir kelihatan semakin kurang dan kurang.
Alisa dan Aris mengambil keputusan untuk meninjau sekeliling.
Kalau kami ni pasangan bahagia, mungkin aku dengan Aris dah bercengkerama dalam bilik dah ni.Tapi, sebab kami ni terlampau ‘bahagialah’ kami ronda-ronda sekeliling khemah ni.
Aku dekat belakang, Aris dekat depan.Ada nampak tak gambaran pasangan ‘bahagia’ macam ni?
Tiba-tiba idea nakal terlintas di benak Alisa.Nak suruh Aris buat ‘kebajikan’ sekejaplah.Hehe.
“Aris, kasut saya nak tertanggallah”,ucap Alisa tiba-tiba.Siapa suruh dia suruh aku pakai kasut tinggi sampai tak ingat dunia ni.Tumit kalau boleh dia nak letak lidi je.Punyalah halus.Dah macam penguin dah aku rasa.
“Kau tak boleh pasang sendiri ke?”tajam pandangan Aris memandang Alisa di sebelah.Fikir mata kau cantik sangat nak pandang aku macam tu.
“Susahlah nak tunduk, tak stabil”,Alisa mereka alasan.Kata sayang bini kan, hehehe.
Tanpa banyak songeh, Aris menunduk untuk memasang kasut Alisa.
Nak tertanggallah sangat, elok je, desis hati Aris kegeraman.
Tiba-tiba sahaja, tanjak di kepala Aris dijatuhkan.Memang nak kenalahkan!
“Apa kena dengan kau ni?”berang Aris jadinya.Aku tengah penat-penat, dia boleh cari pasal dengan aku.
Alisa buat muka blur.
“Saya buat apa?”Alisa pura-pura tidak tahu.Padahal dia sengaja mencari masalah.Rindu pula nak bergaduh dengan suami terchenta.
“Apasal kau jatuhkan tanjak aku?”berang betul Aris bila berdepan orang yang tak mengaku salah ni.
“Sedap-sedap je awak nak tuduh saya jatuhkan.Saya tak sengaja lah”,Alisa membalas sambil merenung tepat wajah Aris yang sedang kemerahan.Dengan cuaca yang panas, digaul pula dengan hati yang panas hingga sebati.Memang hot!
“Habistu, kalau bukan sengaja, apa?”nada suara dinaikkan sedikit.Mata tetamu yang masih ada tertumpu ke arah pasangan pengantin baru itu.Aksi yang julung-julung kalinya dipertontonkan ketika majlis perkahwinan.
“Saja-saja”,selamba Alisa membalas sambil berpeluk tubuh.
Aris memandang Alisa seperti seekor pemangsa yang akan menyerang mangsanya pada bila-bila masa sahaja.
Kening diangkat bagi memberitahu ‘ingat aku takut sangat dengan kau’.
Mata Aris dikecilkan seolah-olah membawa makna ‘siaplah kau aku kerjakan nanti’.
Mata berbalas mata sehingga Puan Aminah menghampiri mereka.
“Alisa, Aris, yang kamu berdua bergaduh dekat sini kenapa.Dah, Alisa masuk bilik.Aris, mama kamu ajak balik”,arah Puan Aminah pantas.Gaya seorang warden sahaja.
Alisa dan Aris berpisah.
Malam itu mereka akan menghadiri majlis resepsi di sebuah hotel.
Menantu orang kaya, macam nilah jadinya.Tak cukup dengan majlis persandingan, majlis resepsi pun diadakan supaya orang kenal.Dah nasib badan…



          Kebiasaannya, malam pertama adalah malam paling bermakna bagi pasangan-pasangan pengantin yang lain.Bagi Alisa, bermakna juga.Malam yang sangat bermakna di mana dia akan berebut katil dengan suaminya sendiri.
Seusai sahaja makan malam, Alisa terus masuk ke bilik sementara Aris sedang asyik berborak dengan saudara-maranya yang hadir.
Selesai sahaja Alisa menunaikan solat isyak, pintu dikuak dari luar.Alisa sudah mengetahui gerangan yang masuk.Dah tentu-tentulah Aris, suaminya.
Selesai menggantungkan telekung di tempat gantungan, Alisa menyisir rambutnya di hadapan sebuah cermin.
Dia dapat melihat betapa asyiknya Aris ‘menelentangkan’ diri di atas katil yang empuk itu.
Tak boleh jadi ni!
Aris yang sedang enak berbaring terasa ada sesuatu dilemparkan ke arahnya.Kacau daun betullah minah ni!
Mata dibuka.Terpempam Aris seketika.Melihat rambut Alisa buat pertama kalinya membuatkan Aris diam-diam mengagumi gadis itu.Alisa memang seorang gadis yang cantik.Ops, terpuji musuh pulak!
“Wei, awak tidur ke?”Alisa melambai-lambaikan tangannya di hadapan Aris.Macam lepas nampak pontianak aje gayanya.
Aris menggeleng-geleng laju bagi membawa dirinya ke alam nyata.
“Yang awak tu kaku macam lepas nampak pontianak kenapa?”marah Alisa.
“Nak buat macam mana, aku baru nampak pontianak tadi”,Aris memulakan ‘operasi’nya mengenakan Alisa yang agak lurus itu.Bukan agak lah, tapi memang.
Alisa sudah ketakutan.
“Pon…pontianak?Betul ke…awak nampak pontianak?”Alisa bertanya ketakutan.Tup…tup…dekat belakang aku macam mana.Boleh jadi jenazah aku dekat sini.Tak pun, tetiba dia buat gimmick hisap darah aku.Lagilah aku takut!
Muka Alisa yang ketakutan membuat Aris serasa ingin ketawa.Minah ni kalau mood lurus dia datang, mulalah meraban entah apa-apa.
“Yang kau ni takut sangat kenapa?”sambil menahan tawa Aris bertanya.Dalam beberapa detik sahaja lagi, pasti lahar gelak Aris akan meletus!
“Mestilah saya takut.Macam mana kalau dia tiba-tiba cuit bahu saya.Tak pun, dia jadi vampire pulak hisap darah saya.Takutlah saya”,Alisa mengusap-usap tengkuknya.Bulu roma sudah berdiri!
“Pontianak tu engkaulah”,Aris sudah tergelak.Besar lagi gelak boleh?!
“Aris, jangan main-main.Saya belum mati lagilah, macam mana saya nak jadi pontianak.Aris, saya takutlah”,Alisa seperti mahu menangis.Janganlah takutkan aku!
Melihat muka Alisa yang seperti mahu menangis membuatkan Aris semakin galak mentertawakan Alisa.
Ya allah, kenapalah dia ni kalau tengah blur susah sangat nak pick up nya.
“Saya tengah takut, awak boleh gelak pulak.Kang pontianak tu serang awak, tak nak saya jadi suspek pulak”,berang betul Alisa.Orang tengah feel takut, dia boleh gelak macam dah terputus urat gelak.
“Nur Alisa Sofia, aku perli engkaulah”,ucap Aris dengan tawa yang masih bersisa.
Perli?Dia perli aku?Alisa berfikir sejenak bagi mencerna maklumat yang baru Aris sampaikan.
Akhirnya, setelah ligat otak Alisa berputar, baru dia faham maksud kata-kata Aris.
“Jadi, awak maksudkan saya ni macam pontianak?”,nada suara Alisa dinaikkan sedikit.Aris terangguk-angguk.
“Cerita hantu mana awak tengok sampaikan saya yang comel ni dikatakan pontianak”,marah Alisa.Muka sendiri macam jenglot tak sedar!
“Engkau comel?Mati hidup semula pun aku tak akan ngaku kau comel.Sedara kau lagi comellah”,Aris menyindir walaupun dia tahu Alisa tidak kurang cantiknya.Alisa berpeluk tubuh.Dia tahu maksud ‘sedara’ Aris tu.Beruk!
“Dahlah, saya bukannya nak gaduh pasal comel tu.Saya nak tanya, awak sudi tidur atas sofa tak?”terus mereka berbalik kepada tujuan asal Alisa memberi ‘balingan’ tahap nak rejam lembing kepada Aris.
“Apa pulak kau tanya aku soalan budak tadika 3 tahun tu.Sah-sahlah aku jawab tak sudi”,Aris kehairanan.Soalan pasar borong manalah yang minah ni rembat untuk tanya pada aku?
“Habistu, takkan kita nak tidur satu katil?”Alisa kegusaran.Takkanlah aku nak kena tidur sebelah mamat ni.Buatnya aku jatuh tergolek macam nangka nanti macam mana?
“Kalau macam tu, engkau jelah yang tidur atas sofa.Sakit tulang belakang aku”,Aris tak mahu mengalah.
“Awak ni tak gentleman lah.Sepatutnya, lelaki kena mengalah dengan perempuan.Macam dalam novel”,Alisa membentangkan hujahnya.
“Tak ada maknanya aku nak gentleman kejadah haram dengan kau.Kau bukannya awek aku”,sinis Aris membidas.Fikir aku nak sangat gentleman-gentleman ni.
“Kalau macam tu, kita undi.Siapa menang, tidur atas katil”,Alisa mengutarakan cadangan.Inilah masanya untuk menunjukkan bakat aku.
Setelah tiga kali cabutan dibuat, akhirnya Alisa yang mendapat katil yang mereka rebutkan.
Yahoo, Alisa is the winner!Lain kali, jangan lawan dengan gadis osom!”Alisa menepuk-nepuk dadanya.Betapa bangganya dia menjadi pemenang.
Aris hanya menjeling pelik.Macam baru menang loteri je gayanya.
“Tak payahlah bangga sangat.Dapat katil je pun”,Aris membalas senada.Kalau dah jadi budak kecik, memang tak serupa orag tua dah.
“Selamatlah saya hari ni.Kalau tak, membongkok jelah saya bila tua nanti”,Alisa masih dalam keadaan tadi.
“Masalahnya, takkanlah setiap hari aku nak tidur atas sofa”,Aris mula menyuarakan ketidakpuasan hatinya.Kalau ye pun aku ni lelaki, janganlah dera aku.
“Relaks bang, tiga hari je.Nanti dah balik rumah sendiri, tidurlah bilik asing”,Alisa berusaha memberikan kata-kata ‘semangat’ buat suami yang baru dinikahinya kerana terpaksa itu
Aris mengeluh.Tiga hari?Kalau dalam tiga hari tu aku mebongkok macam mana?Tak macholah.Jatuhlah saham aku!
“Tiga hari?Kau bolehlah, tidur atas katil.Aku, tidur atas sofa”,Aris semakin tidak puas hati apabila mengenangkan dia mungkin ‘membongkok’ dalam masa tiga hri itu.
Alisa menguap.
“ Suka hati awaklah, yang penting mata saya dah berat tahap batu bata dah ni.Good night”,Alisa merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu.
Wah, nikmatnya hidup.First time tidur atas katil spring!
Aris masih kaku di duduknya.Minah ni tak ada belas ehsan langsung.Kalau ye pun nak suruh aku tidur atas sofa yang ‘empuk’ ni, bagilah aku bantal ke, selimut ke.Ni, dia nak suruh aku mati kesejukan apa?!
Mata yang sedang menahan kantuk itu akhirnya terlelap jugak.Lantaklah, mati kesejukan ke, beku ke, aku tak kisah.Asalkan aku dapat rehat!



          Keadaan bilik yang sejuk, menyedarkan Alisa dari lenanya.
Hisy, baru mimpi keluar air port dekat London, dengus Alisa dalam mamainya.
Alisa bangun dari baringnya.Dia terlihat sekujur tubuh sedang berbaring di atas sofa bertentangan dengan katilnya.
Alisa memutar kembali memori ingatannya.Baru dia teringat bahawa itu adalah Aris, suaminya.
Alisa bergerak ke sofa tempat suaminya beradu.Alisa tersenyum halus.Tenang sikit tengok dia tengah tidur.Kalau tak, muka berlagak je sepanjang masa.
Alisa mengeleng-geleng apabila Aris tidur tanpa diselimuti apa-apa.Terbit rasa kasihan di hatinya.
Selimut dicapai sebelum menyelimuti tubuh Aris yang kesejukan.

       Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi.Aris tersedar sebaik sahaja terasa tubuhnya diselimutkan.Matanya melihat ke atas katil.
Aik, mana minah ni pergi, fikir Aris sebaik sahaja melihat katil tidak dihuni oleh sesiapa pun.
Matanya tertancap di balkoni bilik.Alisa sedang ayik melayan angin yang enak membelai tubuhnya.Nafasnya di tarik dalam-dalam bagi mencari ketenangan.
Aris yang sudah tidak mampu melelapkan mata, bergerak ke arah balkoni bilik.
“Kau, tak tidur?”Aris bertanya.Tubuhnya berdiri betul-betul di sebelah Alisa.
“Saya tak boleh tidur”,ucap Alisa sambil menguakkan rambutnya ke belakang.Matanya sedang galak mengira bintang di langit.Aris juga turut mendongakkan wajahnya bagi menyertai aktivit ‘mengira’ bintang itu.
“Kenapa?”Aris kehairanan.Malam semalam, nampak macam mengantuk sangat.
“Entah, saya terfikir tentang awak”,telus pengakuan Alisa.
“Tentang aku?”ucap Aris sambil memalingkan wajahnya menghadap Alisa di sebelah.
“Ya, tentang awak”,Alisa membalas pandangan Aris.Muka Aris dalam samar cahaya membuatkan Aris kelihatan lebih tampan.
“Kenapa pulak fikir pasal aku?”semakn hairan Aris jadinya.
“Awak mengingatkan saya…pada seseorang”,akui Alisa.Ya, ‘seseorang’ itu aku amat rindui.Segala yang ada pada Aris kelihatan tidak ubah seperti ‘seseorang’.
“Seseorang?”Aris kehairanan.Aku ni ada iras-iras David Beckham ke?
“Entahlah Aris.Saya tak tahu sama ada ‘seseorang’ tu masih ingat saya atau saya je yang masih teringatkan dia”,Alisa mengeluh.
Aris terdiam.Mesti seseorang tu sangat istimewa buat Alisa.
“Dia cinta pertama saya Aris.Walaupun kami berkenalan dalam usia yang sangat muda”,sambung Alisa lagi.
“Oh, cinta pertama.Aku ingat kau ni hati batu”,perli Aris, cuba mengusir suasana sayu di antara mereka.Dari suara Alisa, Aris sudah mengetahui kesedihan Alisa.
“Saya serius, awak boleh perli saya”,marah Alisa.Nampaknya, Aris tidak ada kelayakan menjadi pendengar yang baik.Entah-entah, orang tengah menangis, dia boleh ketawa tergolek-golek.
Sorrylah.Bukannya apa, aku tak sukalah feel-feel ni”,jelas Aris.
Alisa mengeluh sayu.Tiada sesiapa yang mampu perasaannya termasuk rakan baiknya sendiri.Aku ni terlalu complicated ke sampai orang langsung tak mampu memahami hati aku ni?
“Aku ada idea cara nak hilangkan rasa sedih”,tiba-tiba Aris memintas, meleraikan lamunan Alisa.
Mata Alisa membulat memandang Aris.
“Kau tengok bintang tu, kau bayangkan yang ‘seseorang’ yang kau maksudkan tu sedang memandang ke arah bintang yang sama”,Aris sudah berfalsafah.
“Saya harap macam tulah”,seraya kepalanya dilentokkan ke bahu Aris.Terubat rindunya terhadap ‘seseorang’ itu.Hatinya terasa tenang.Ya allah, bagilah aku ketenangan sekali ini sahaja di samping seseorang bernama lelaki.Aku tidak pernah menikmati ketenangan ini selepas ‘seseorang’ itu pergi dariku.
Aris terpana.Dia begitu terkejut apabila Alisa tiba-tiba melentokkan kepalanya di bahu.Jantungnya berdetak hebat seperti baru lepas menamatkan larian 100 meter.Duhai jantung, janganlah kau gugur, detik hati Aris.
Tanpa disedari, setitis air mata jatuh ke bahu Aris.Air hangat itu membuatkan Aris pantas memandang Alisa di sebelah.
“Kau menangis?”Aris bertanya.Alisa tersentak.Pantas sahaja Alisa mengesat air matanya.
“Aaa…Aris, maaf menyusahkan awak.Saya…ke bilik air dulu”,Alisa jadi gugup.Macam manalah aku boleh menangis depan mamat ni pulak.
Sebaik Alisa berpaling, tangannya tiba-tiba dipegang.Alisa memandang Aris, terkejut.Aris juga terkejut dengan tindakan drastiknya.Pada hematnya, Alisa harus dipujuk walau dengan apa cara sekalipun.
“Alisa…”,Aris tiba-tiba bersuara.Terasa tengan Alisa yang dingin.
Alisa menunduk ke bawah.Aris, jangan buat aku macam ni.Aku keliru, Aris.
“Kau jangan pendam kalau tak boleh”,tulus pesanan lahir dari bibir Aris.Alisa mendongak memandang jejaka di hadapannya.Inikah sifat Aris yang sebenarnya?
Alisa tersenyum tawar.Tangannya dilepaskan perlahan-lahan sebelum dia berlalu ke bilik air.Aris berpaling menghadap langit yang ditaburi jutaan bintang.
Kenapa aku rasa…mahu sahaja aku memeluk tubuh yang baru sahaja melentokkan kepalanya di bahuku tadi?Adakah aku sudah…jatuh cinta?
Aris meraup rambutnya ke belakang.Ah, mungkin itu kerana sikap kelelakiannya tersentuh apabila melihat air mata yang mengalir tadi.Aku kena pegang pada prinsip aku.Cinta tak akan pernah bertapak dalam hatiku.Itu janji Aris yang tak akan dimungkiri.



Sahabat vs Cinta 7

Suasana pagi itu amat tenang, dengan hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa, fikiran Alisa menjadi tenang.Tujuan dia ke situ bukan untuk berjogging, tapi untuk mengambil angin.
Fikir aku rajin sangat ke nak berjogging-jogging ni.Hari itu, terpaksalah Alisa berseorangan kerana Sakinah pulang ke kampong halamannya kerana abangnya mahu berkahwin.Sekejap lagi, aku pulaklah yang kahwin, dengus Alisa.
       Bunyi mesej dari telefon bimbitnya membuatkan lamunan Alisa terlerai.Segera dikeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar.Mesej daripada Sakinah rupanya.
Sambil berjalan, satu-persatu mesej Sakinah dibalas.Tanpa disedari, seseorang yang sedang bejogging bertentangan arah dengannya pula sedang asyik menangkap gambar sekeliling.Sebaik sahaja pemuda tersebut mahu berpusing, Alisa pula berada di belakang.
Crack!!
Kulit telefon bimbit Alisa pecah dua di samping cermin telefonnya pula pecah. Kalau tak pecah, sahlah handphone kalis jalan!
“Handphone aku”,teriak Alisa sambil mengutip serpihan-serpihan telefon bimbitnya.
Pemuda itu membantu Alisa mengutip telefon bimbitnya yang hancur.Nasib baiklah kameranya digantung di leher, kalau tak mestilah kamera aku senasib dengan handphone minah ni.
Mata mereka bertantangan seketika.
“Kau!”,ucap mereka serentak.Serentak mereka berdua bangun.
“Hei, mata awak letak mana ek?Tengok apa awak dah buat dengan phone saya. Saya nak awak ganti balik”,Alisa memulakan pertikaman lidah.Ingat aku beli phone ni pakai daun pisang apa, mahal tahu tak?!
“Sedap-sedap je nak Tanya aku letak mata dekat mana.Kau tu, mata pandang mana bila berjalan.Mengadaplah phone tu sambil berjalan.Tulah padahnya”,Aris pula membalas.Tanpa menghiraukan Alisa, dia menyambung aktiviti mengambil gambarnya.Ditangkapnya gambar seekor angsa sedang terbang berlatarbelakangkan tasik yang luas.Ditambah pula dengan pepohon hijau yang merimbun, menambahkan lagi pesona pada gambar itu.
Alisa keberangan. Dia fikir aku ni tugu Negara ke untuk di annoying?  
Satu idea nakal tiba-tiba terlintas di benak Alisa.Kebetulan, kamera di tangan Aris sudah dilepaskan dari gantungan di leher Aris.Sedang asyik Aris membelek gambar yang diambilnya, Alisa pantas merenggut kamera yang berada di tangan Aris.Aris cuba merampas balik kameranya, tetapi tidak berhasil.
“Apa yang bestnya ek tangkap gambar?E’eh, ada angsa terbanglah.Pandainya awak tangkap gambar”,ucap Alisa bernada sinis.Aris menjeling geram.
“Bak sini balik kamera aku”,sekali lagi Ari scuba merampas kameranya, masih tidak berhasil.
Alisa mengambil peluang untuk mengambil gambar sekelilingnya.Aris berpeluk tubuh.Buat harta nampak.
“Sudah-sudahlah tu.Rosak kamera aku kang”,sindir Aris.
Tanpa menghiraukan Aris, Alisa mengambil gambar dirinya sendiri.Setelah itu, dia berdiri di sebelah Aris dan menangkap gambar mereka berdua.Walaupun tanpa secebis senyuman di bibir Aris, Alisa tetap berpuas hati dengan hasil kerjanya.Yelah kan, first time dapat pegang kamera photographer, tu yang jakun sikit.
“Bila kau nak pulangkan kamera aku ni”,Aris mendengus kebosanan.
“Sampai awak rasa nak ganti phone saya yang dah berkecai ni”,pandangan dikalihkan menghadap Aris.Ingat juga pada aku yang disebelah ni, desis hati kecil Aris sambil tersenyum.Bibir kanan Alisa dinaikkan.
“Awak ni dah kenapa senyum tiba-tiba.Apa, awak fikir awak hensem sangat ke nak senyum macam tu sampaikan saya boleh cair dengan harapan saya akan pulangkan kamera awak.Sorry sikit, not even once”,panjang lebar Alisa berbicara.Senyuman Aris semakin melebar.
Kepala digaru-garu sambil membuat muka fed up.Ni apahal makin lebar ni, aku nak kenakan dia, aku yang terkena balik.
“La, kenapa tak sambung lagi.Sambunglah lagi sampai kau semput”,sindir Aris.Alisa mendengus kegeraman.Amboi, sesedap dia je nak perli aku.    
“Cepatlah, ganti phone, pulang kamera”,pantas sahaja Alisa berlalu meninggalkan Aris.Langkah Alisa dikejar bagi menyamai langkah mereka.
Pantas sahaja Alisa mengatur langkahnya.
“Ni nak naik kereta siapa ni?”soal Aris sambil cuba mengumpul nafas.Kalau ye pun, berhentilah sekejap, sekurang-kurangnya bagi aku hirup oksigen dulu.
“Alang-alang awak nak belanja beli phone, baik awak belanja duit minyak sekali kan”,langkah dihantikan.Senyuman secomel mungkin dilemparkan buat Aris.Behenti jugak minah ni akhirnya, fikir Aris.
“Fikir comel sangatlah senyum macam tu”,selamba Aris menuturkannya.Senyuman dilebarkan.
“Sebab comellah saya buat”,seraya Alisa berlalu meninggalkan Aris di belakang.Langkahnya dilajukan.
Aris tersenyum sambil menggeleng-geleng.Perasan, desis hati kecilnya sebelum menyaingi langkah Alisa.

Mereka berdua memilih sebuah kedai telekomunikasi yang terletak berhampiran dengan pasar raya Giant.Alisa berjalan-jalan di sekeliling kedai untuk memilih model-model yang berkenan di hati.Alang-alang orang nak ‘belanja’ , apa salahnya ambil kesempatan kan.Hahaha(ketawa kejam).
“Alisa, ni telefonnya”,ucap Aris sambil mengunjukkan sebuah telefon bimbit yang sebiji dengan telefon bimbitnya yang pecah.
“Apalah awak ni.Bagilah yang moden sikit.Ni phone cap ayam yang awak nak belanja saya.Ikhlaslah sikit”,Alisa berpeluk tubuh.Nampak sangatnya tak ikhlas.
“Cik Alisa, sejak bila aku kata nak belanja.Aku bawak kau dating sini pun sebab nak ganti phone kau.Dan yang kedua, sebab aku nak kamera aku balik”,jelas Aris, membertulkan tanggapan Alisa.Fikir aku ni baik hati sangat ke nak berlanja kau, huh?!
“Nama je anak CEO, tapi kedekut.Please, belanjalah.Ayah saya bukannya CEO macam ayah awak.Please”,dengan muka penuh mengharap Alisa merayu.Haraplah muka aku ni cukup comel untuk buat dia belanja aku.
Aris mengangkat keningnya.Fikir comellah tu.
“Yelah, yelah”,Aris menglah juga akhirnya.
“Yes”,Alisa terus sahaja menunjukkan telefon bimbit yang berkenan di hati.Aris menggeleng-geleng.Silap aku jugak mengalah dengan dia, sekali dia tunjuk Blackberry.Materialistik betul!
Akhirnya, wang dan telefon bimbit bertukar tangan.Di dalam kereta, Alisa begitu ralit membelek telefon bimbit barunya.Aris memberhentikan kereta di tempat mereka bejumpoa tadi.
Kamera Aris masih di tangan Alisa.Dah dapat phone baru, terus lupa kamera aku ya.
“Mana kamera aku”,tegang saja nada suara jejaka berbaju biru tua itu.Pandangan dikalihkan daripada menghadap telefon baru.Ops, lupalah pulak.
“Kamera.Kejap ye”,kemera tersebut ditanggalkan dari gantungan di lehernya.Pantas sahaja Alisa berdiri di sebelah Aris.
“Hmm, dik, dik, sini kejap”,Alisa memanggil seorang remaja yang sedang berjogging.
“Ada apa kak?”ramah budak itu bertanya.
“Tolong ambilkan gambar akak dengan abang ye”,pinta Alisa sambil menghulurkan kamera Aris kepada remaja tersebut.
Alisa membuat gaya peace dengan senyuman menghiasi raut wajahnya.Aris pula menyelukkan tangan kiri dan kanannya ke dalam kocek seluar sambil tersenyum macho.
Remaja tersebut tersenyum melihat gambar yang ditangkapnya.
“Akak dengan abang ni sweet lah.Sorang comel, sorang hensem.Sesuai sangat”,puji budak itu.
Alisa tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.Kamera dipulangkan semula kepada Aris.
“Jangan memandai-mandai padam gambar yang saya tangkap.Kalau saya cek lepas ni, tak ada gambarnya, siap awak”,ugut Alisa.
Aris mencebir bibir tanpa menghiraukan ugutan Alisa.
“Insya-Allah”,ucap Aris sambil meninggalkan Alisa.Alisa memandang kosong.
Telefon bimbit barunya dibelek sekali lagi.Untunglah, phone rosak, dapat yang mahal punya, Alisa tersenyum sendirian.

       Selesai menunaikan solat isyak, kameranya dibelek.Satu-persatu gambar terpampang di skrin kamera.Tiba di gambar dia dan Alisa, tangannya berhenti menekan punat di sebelah kanan.Gambar Alisa yang sedang membuat gaya peace diusap perlahan.Dia tersenyum sendirian.
Alisa, Alisa, kau ni kadang-kadang seorang yang keanak-anakan, tapi kau ni keras kepala.Kau ni suka buat lawak bodoh, tapi cepat emosional.Kau selalu blur, tapi ada je yang nak dibalas kalau aku lawan cakap dia.
Punat ditekan lagi.Terpampang gambar Alisa sedang tersenyum manis di skrin kameranya.Mungkin, inilah gambar yang diambil sendiri oleh Alisa.
Comel, desis hati Aris.Entah sejak bila Aris mula mengakui yang Alisa seorang gadis yang sedap mata memandang, entah bila.Yang dia tahu, dia suka memandang raut wajah tenang Alisa.Dia senang mendengar suara Alisa yang sedang marah.Dia suka mendengar tawa Alisa yang keanak-anakan itu.Alisa tidak pernah menyorokkan dirinya yang sebenar.Dia sentiasa terbuka.Sifatnya begitu spontan.Mencuit hati sesiapa sahaja yang berdampingan dengannya.
Aduhai Muhammad Aris Sofian, jangan kau jatuh cinta sudah! 
     


Sahabat vs Cinta 6

Jika kebiasaannya, hari Ahad merupakan hari rehat bagi Alisa.Tapi, sebaliknya yang berlaku.Hari ini, Alisa terpaksa keluar dengan Aris untuk mencari baju perkahwinan mereka yang bakal berlangsung dua minggu lagi.Segala persiapan telah disediakan.
Mereka tidak bertunang seperti kelazimannya, tetapi mereka terus bernikah.Kata Puan Maimunah, menjimatkan.Lagipun, perkara yang baik buat apa ditangguh-tangguh, bukan?
             Mengikut kata Puan Maimunah, dia lebih suka menempah sahaja baju perkahwinan mereka.Namun, hasratnya telah dibantah oleh ibu Alisa sendiri.Katanya, baju sewaktu akad nikah sahaja ditempah, selebihnya beli sahaja.
Kesudahannya, terpaksalah Alisa meluangkan masa bersama Aris hari ini.Nasib baiklah Sakinah keluar dengan kekasihnya, kalau tidak cair telinganya mendengar usikan-usikan Sakinah yang langsung tidak munasabah.
Alisa berdiri di hadapan cermin bagi merapikan diri.Alisa hanya memakai blaus panjang berwarna merah jambu dan seluar slack putih, dipadankan dengan selendang berwarna putih.Wajahnya hanya ditempek dengan bedak untuk menghilangkan kepucatan wajahnya.
Penampilan seringkas itu sudah mampu menarik mata-mata untuk memandang ke arah Alisa.Mana tidaknya, dengan wajah yang begitu keanak-anakkannya begitu cantik pada mata yang memandang.Alisa juga terkenal dengan kecomelannya ketika di universiti dulu.
Sedang Alisa ralit meneliti sesusuk tubuhnya di hadapan cermin, telinganya tiba-tiba diterjah dengan bunyi hon kereta.Siapa lagi kalau bukan Muhammad Aris Sofian.Memang tak reti bersabar!

       Setelah mengunci pintu pagar, Alisa pantas sahaja menghampiri kereta Honda City milik Aris.Alisa mengambil tempat di sebelah pemandu.
Tanpa dia sedari, mata Aris galak memerhati ke arah Alisa sebelum dia masuk tadi.Mana tidaknya, Alisa nampak begitu ayu berpakaian sebegitu.
“Apasal kau lambat sangat?”Tanya Aris bagi menyembunyikan debaran yang sedang dirasainya.
“Hmm, saya rasa tak adalah lambat sangat.Lagipun, memang tujuan saya untuk melatih awak menjadi penyabar sikit”,ucap Alisa sambil menkankan perkataan ‘penyabar’ dalam ucapannya.
“Kalau dah nama perempuan tu, memang perempuanlahkan”,sinis ucapan Aris sambil menarik brek tangan.
“Memanglah perempuan, takkanlah pondan pulak”,selamba Alisa membalas.Kelewatanku tidak ada kena-mengena isu-isu jantina ni, okey!Sensitif betul aku bila ada orang komplen tentang jantina aku.
Aris hanya mendiamkan diri.Kalau bertekak dengan minah ni, sampai tahun depan pun belum tentu senyap lagi.Ada je nak menjawabnya.Nasiblah badan dapat bakal isteri macam ni.

             Sepanjang perjalanan, telinga mereka hanya disajikan dengan lagu-lagu yang diutarakan di corong radio.Sesampai sahaja di hadapan sebuah pusat beli-belah, Aris mengajak Alisa turun dari kereta.
Masuk sahaja ke dalam pusat beli-belah tersebut, langkah kaki Alisa terhenti.
“Aris, kita buat apa datang sini?”Alisa kehairanan.Bukan kata nak ambil baju ke?
“Makan”,ringkas jawapan yang diberi Aris.Alisa semakin bingung.
“Bukan kita nak pergi pilih baju ke?”dengan lurusnya Alisa bertanya.
Aris menepuk dahi.Dah mula dah blur minah ni!
“Alisa Sofia, kita datang sini nak pilih bajulah.Apa hal dengan kau ni.Lurus semacam je”,Aris menyindir.Minah ni kalau tengah lurus, betul-betul lurus.
“Oh, habistu yang awak kata makan tu buat apa?”Alisa bertanya.Tak sedar lagi tu.
“Aku sindir engkaulah, ngok”,Aris berang jadinya.Sedarlah cepat wahai Alisa Sofia.Berbelit otak aku.
Tanpa menunggu lebih lama, Aris meninggalkan Alisa yang sedang termanggu-manggu.Aris sindir aku?
“Aris, tunggulah saya”,seraya dia menyamakan langkah dengan Aris.

“Eh, Aris”,tiba-tiba sahaja Alisa bersuara sebaik sahaja keluar dari sebuah butik pengantin.
“Apa?”tanpa intonasi Aris membalas.
“Tadi awak perli saya ke?”pertanyaan Alisa berbalik pada ‘kelurusannya’ sebentar tadi.
“Alisa Sofia, lambat betul engkau pick up kan?” ucap Aris sambil menunduk memandang wajah Alisa yang lebih rendah daripadanya.
“Ops, sorry lah.Saya ni kadang-kadang memang tersangatlah lambat pick up nya”,Alisa tersenyum sumbing, malu pada diri sendiri.Macam manalah boleh terblur pulak dengan Aris ni!
“Suka hati engkaulah.So, kita masuk butik ni”,ucap Aris seraya menarik tangan Alisa tanpa dia sedari.Alisa yang kehairanan dengan tindakan Aris hanya membontoti Aris.Sampai sahaja di dalam butik tersebut, tangan Alisa masih tidak dilepaskan.
“Aris…”,Alisa tiba-tiba bersuara sementelah Aris sedang ralit memerhati pemilik butik tersebut melayan pelanggannya.
“Hmm…”,tanpa menoleh, itu sahaja reaksi yang diberi.
“Tangan saya…”,ucap Alisa, membuatkan Aris terus menoleh memandangnya.
Alisa menjuihkan bibirnya ke arah tangannya yang sedang digenggam kemas oleh Aris.Secara drastiknya tangan Alisa dilepaskan.
“Aku cuma takut kau hilang je.Engkau tu kalau tengah blur, lain macam sikit”, jelas Aris tanpa dipinta.Alisa hanya mengangkat bahu sebagai respons.Alasan!
Mata Alisa dan Aris rambang memerhati baju-baju yang dipamerkan.Semuanya cantik-cantik.
“Aris, saya rasa baju ni okey kot.Warna dia tak begitu terang, hiasan pun tak terlalu crowded”,ucap Alisa sambil membelek-belek sepasang kebaya pendek berwarna biru laut.
“Tak, aku rasa yang hijau tadi lagi cantik.Warna hijau tenang mata memandang.Labuci-labuci dekat baju tu menyerlahkan lagi tarikan padanya”,Aris pula mengutarakan pendapatnya.
“Encik Aris, awak cuma pakai baju melayu.Saya yang kena pakai baju tu.Labuci-labuci tu akan buat saya gatal”,adu Alisa.Dia memang tidak gemar baju sebegitu, rimas!
“Masalahnya Cik Alisa, baju yang kau tunjuk tadi tu nampak macam orang tua.Nampak kuno, tahu tak”,Perang mulut hampir meletus.Itu baru mukaddimah tu.
“Macam orang tua?Hei Encik Aris, saya perempuan jadi saya lebih arif dalam pemilihan baju ni, tahu tak?”Alisa mulai berang.Ada ke patut dia cakap taste aku taste orang tua, siapa tak marah.
“Aku tahulah standard kau standard orang tua, tapi tak payahlah nan tunjuk sangat waktu bersanding nanti”,Aris membidas.Dia sebenarnya tidak kisah apa pun baju yang akan mereka pakai nanti, tapi bersama Alisa membuatkan dia lebih gemar mengusik.Rasa rindu pula mahu bertekak seperti ini.
Tiba-tiba, mereka dihampiri oleh pemilik butik tersebut.
“Encik, Cik, dah buat pilihan?”Tanya pemilik butik tersebut yang dikenali sebagai Puan Haina.Tujuannya hanya satu, untuk menghentikan pergaduhan itu.
Aris dan Alisa berpandangan sesame sendiri.
“Macam mana?”Alisa meminta pendapat Aris.Takkanlah depan Puan Haina pun nak bergaduh.
“Okey, kita buat deal.Baju kurung awak yang pilih, nanti baju untuk persandingan waktu malam biar saya yang pilih”,tutur Aris lembut.Panggilan yang diberikan kepada Alisa juga berubah.Pandai ye berlakon!
“Okey, baiklah”,Alisa setuju.Takkanlah aku nak pakai baju yang penuh dengan labuci satu badan tengah-tengah hari buta.Nanti, tak pasal-pasal x payah tempah air, minum air peluh aku je.Cukup pakej, ada rasa, masin.
“Baguslah tu.Setiap pasangan mesti ada persefahaman, barulah bahagia”,puji Puan Haina.Dia tak tahu lagi, kalau kitorang berperang macam mana.Runtuh butik dia nanti.Gulung tikarlah gamaknya.
Setelah urus beli selesai, Aris membawa Alisa ke sebuah butik yang terkemuka di Bandar itu.Memang tidak boleh dinafikan, pilihan pakaian di butik tersebut semua cantik-cantik.Termasuklah harga dia.Boleh buat aku makan setahun ni.Mana taknya, harga paling murah tiga ribu ringgit.Orang kaya memang kerjanya makan baju agaknya.
“Alisa!”terjah Aris tiba-tiba.Alisa yang sedang melabuhkan sauh di tengah hari tersedar.
“Hei, awak ni kalau nak terjah pun bagi salam tak boleh ke?”marah Alisa.Nak bagi aku mati muda apa.
“Masalahnya, kau ni kalau tak terjah boleh terlajak sampai London kau tahu.Aku punya panggil kau, kau boleh termenung pandang baju dekat depan tu.Boleh tembus ke kalau pandang lama-lama”,peril Aris.Nasib kaulah kalau nak terkejut pun, yang berangan tak kena tempat tu apehal!
“Ye ke?Sorrylah, saya tengah fikir orang kaya memang kerjanya makan baju ke?”selamba Alisa bertanya.Kalau baru kena terjah, tulah jadinya.Main cakap je apa yang dia rasa nak cakap.
“Apa, makan baju?Wei,kau ni sedar tak apa yang kau cakap.Dahlah kau cakap macam nak bagi satu Malaysia dengar”,ucap Aris separuh berbisik.Keadaan butik yang agak senyap membuatkan banyak mata pengunjung di situ.Nak buat macam mana, dah semua yang datang tu orang kaya, mestilah terasa.
Alisa memandang sekeliling.Kenapa semua pandang aku ni?
“Kenapa awak tak cakap saya cakap kuat sangat”,Alisa berbisik dekat di telinga Aris.Buat bengang aku je.
“Dah kau tu main cakap je apa yang kau rasa nak cakap siapa suruh”.Nak salahkan aku pulak!
Alisa memberi senyuman semanis mungkin.Buat muka tak bersalah.
“Hurm…Aris, cantiklah baju ni.Awak tak rasa ke?”tiba-tiba Alisa memgang sehelai gaun berwarna hitan yang berhampiran dengan tempat dia berdiri.Saja nak ubah topik.
“Betul tu.Lagi cantik kalau sayang yang pakai”,Aris memainkan peranan pula.Takkanlah nak buat tak kenal pulak.
Alisa yang mendengar perkataan ‘sayang’ menahan anak tekak.Kang habis terkeluar semua isi perut.Buat penat je makan tengah hari tadi.
Mata pengunjung butik tersebut masih galak memandang.
“Aris, kenapa semua orang pandang kita?”Alisa bertanya, pura-pura tak tahu.
Mata mereka sudah beralih.Tak pasal-pasal kena sembur pulak sebab pandang orang.
Alisa mengurut dada.Buat bengang je.
“Okey, kita dah boleh pilih baju”,Alisa memulakan pencariannya.Dah tak sabar ni!
“Eh, eh, Alisa.Kau dah lupa ke baju untuk persandingan malam aku yang pilih”,Aris memberi peringatan.Ingatkan dah lupa tadi.Saja je nak uji.
“Memanglah awak yang pilih.Saya cuma ajak pilih je”,Alisa menutup kebengangannya.
Minah ni kan, ada je nak cover bengang, omel Aris dalam hati.
“Okey, cepatlah pilih”,Alisa sekadar berpeluk tubuh.Geramnya tengok baju-baju ni!
Satu-persatu dibelek Aris.Matanya tertancap di sehelai gaun berwarna pic.Sungguh menarik pada pandangan Aris.
“Wei, cuba kau test yang ni”,arah Aris tiba-tiba.Alisa yang sedang berangan menjadi model bagi memperagakan pakaian-pakaian di butik itu tersedar.Kacau daun betullah!
“Apa?”Alisa bertanya.Dia langsung tidak menumpukan perhatiannya ke sekeliling.
“Kau cuba pakai baju ni”,Aris memberi arahan sekali lagi.
Tanpa sebarang bantahan, Alisa mengambil baju itu dan bergerak ke bilik persalinan.Aris pula mengambil sepasang baju yang dipadankan dengan gaun yang dicuba oleh Alisa.


       Tubuhnya diperhatikan dicermin.Boleh tahan  jugalah test Aris ni.Tak adalah teruk macam dekat butik tadi, Alisa bermonolog sendirian.Ada ke dia suruh aku pakai baju kebaya yang penuh labuci satu badan tu.Mengelip-ngelip.
Setelah menyarungkan tudungnya, Alisa keluar untuk ditunjukkan kepada Aris.
Kelihatan Aris sedang memperkemaskan bajunya.
“Aris, macam mana, okey?”Alisa meminta pandangan Aris.Nak buat macam mana, aku cuma ikut aje apa yang dia pilih.
Pandangan Aris dialihkan menghadap Alisa.Terkaku sebentar anak matanya melihat Alisa.Cantik, puji Aris walaupun Cuma dalam hati.
“Aris…”,ucap Alisa sambil melambai-lambai tangan kanannya di hadapan Aris.
Aris tersedar.
“Awak kena bayar untuk apa yang awak tengok tadi”,Alisa mengugut.Tahulah aku ni lebih cantik dari Miss Universe, tak payahlah pandang macam nak tembus.
So, apa pendapat awak?”
“Bolehlah”,Aris cuba menyembunyikan kekagumannya terhadap kecantikan wanita di hadapannya itu.
Alisa mencebir.Tadi tengok macam nak terjojol biji mata.Komennya, bolehlah aje.
So,baju ni?”Alisa bertanya.
Aris mengangguk sebelum menyuruh Alisa menyalin pakaiannya semula.Tanpa banyak songeh, Alisa menyalin pakaiannya.
Baju yang dicubanya sebentar tadi diserahkan kepada Aris untuk membuat bayaran.
Saat harga tertera di skrin, terus membulat mata Alisa.Kelihatan Aris sedang mengeluarkan kad kredit dari dompetnya.
Aris di sebelah di senggol.
“Aris, awak tahu tak harga baju ni buat makan tujuh keturunan tak habis, tahu tak?”bisik Alisa.Terpaksalah menjingkit sikit sebab diri tu pendek.
“Kau makan untuk tujuh keturunan, aku tak kisah”,dengan berlagaknya Aris membalas.Alisa yang terngah menjingkit dah menjejakkan kaki di lantai.Ceh, berlagak betul.Nak aku suruh makan baju tu ke?
Sebaik sahaja selesai membuat bayaran, mereka terus bergerak untuk makan tengah hari.
“Orang kaya memang makan seribu ke sebulan?”Alisa tiba-tiba bertanya.
Aris yang sedang khusyuk memandu memandang ke sebelah.Tak habis lagi ke topik tadi?
“Yang kau ni tak habis-habis pasal ‘makan baju’ tu kenapa?Buat bengang aku je dekat butik tadi”,omel Aris.
“Saya Cuma cakap yang terlintas je tadi”,Alisa membela diri.Betul apa, buat makan boleh untuk setahun.Ni beli baju, pakai sekali.Lepastu, buat ‘hiasan’ almari.Kan membazir tu!
“Kau cakap yang terlintas tu tak kira tempat.Semua orang dekat situ orang kaya, kau tahu tak?”Aris membalas.Cakap tak pernah ada insuranslah minah ni.
“Hurm, saya nak cabar awak sesuatu boleh tak?”tiba-tiba terlintas idea nakal di benak Alisa.Dia mesti pantang dicabar ni.
“Apa dia?”garang Aris bertanya sebelum memberhentikan kertanya di bahu jalan atas arahan Alisa.
“Apa kata kita makan dekat restoran mamak hari ni?Saya belanja”,dengan gembiranya Alisa mengemukakan idea bernasnya.
What?!Restoran mamak?!Kau ni dah kenapa?”terkejut beruk Aris dibuatnya.Makan dekat kedai mamak, bukan Arislah namanya.
“Oh, saya ingat semua lelaki pantang dicabar.Maknanya, awak dah mengalah sebelum berjuanglah ni.Tak apalah, makanlah dekat restoran ‘lima bintang’ awak tu”,Alisa sengaja mahu mecabar ego Aris.Dia yakin, Aris pasti menyahut cabarannya.
Aris terasa dicabar.Ego lelakinya mendesak menyahut cabaran Alisa.
Fine, awak nak makan dekat kedai mana?”brek tangan diturunkan.
That’s my boy.Okey, lepas simpang ni awak belok kanan,…”,dan Alisa terus menunjukkan jalan ke kedai yang dia maksudkan.
Sesampai sahaja di sebuah restoran yang diberi nama Rsetoran Halijah, Alisa mengarahkan Aris memberhentikan keretanya.
Mereka mengambil tempat duduk untuk dua orang.
“Hisy, panasnya”,ucap Aris sambil mengibas-ngibas bajunya.Alisa menjeling geram.Macam tak jumpa kipas setahun.
Tiba-tiba, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.
“Menu tak ada?”Aris bertanya sebelum sempat Alisa memesan minuman.
Mamak yang datang untuk mengambil pesanan mereka memandang Alisa.
Alisa terpana mendengar soalan Aris.Dah berapa tahun dia tak makan dekat restoran macam ni?
“Bagi saya teh ais satu, awak?”Alisa bertanya Aris di hadapannya.
Cappucino shake, satu”,tanpa rasa bersalahnya Aris membuat pesanan.
Mamak di sisi Aris sudah terkedu.
“Mamak, teh ais dua lah”,Alisa membuat pesanan bagi pihak Aris.
“Wei, aku order cappuccino shake, bukan teh ais”,ucap Aris sebaik sahaja pelayan berbangsa mamak itu meninggalkan mereka.
“Cik abang sayang, tempat macam ni tak ada semua jenis air shake tu.Yang ada Cuma tarik-tarik je”,Alisa membalas.Orang kaya, memang tak tahu apa pun pasal tempat macam mana.
“Yang kau ni pulak, pilih tempat makan macam ni.Carilah tempat sejuk sikit.Sekarang ni kita nak makan apa”,ucap Aris sambil melihat ke sekeliling.
Mata Alisa membuntang.Segalanya dilupakan.
“Encik Aris Sofian, pilihan banyak dekat situ”,Alisa menunjuk ke arah deretan makanan.
“Bukan sepatutnya kena order ke?”Aris kebingungan.Kepalanya digaru-garu bagaikan dihuni oleh tujuh keturunan kutu.
“Encik Aris Sofian, orang macam kami ni rajin.Makanan ambil sendiri, bukan macam orang kaya cuma sebut dan tunggu je.Kami kalau nak makan perlu ada usaha”,Alisa membalas.
Sebaik sahaja Alisa bangun dari duduknya, Aris mengikut.Segala apa yang dibuat oleh Alisa diikut.Lauk-lauk yang Alisa pilih juga dituruti.Persis kerbau dicucuk hidung.
“Yang awak ni kenapa macam beruk masuk kandang kambing je?”Alisa bertanya sebaik melabuhkan punggungnya di kerusi.Selalunya aku yang straight, ni dia pulak.Takkan virus tu dah berjangkit dekat mamat ni?
“Ada ke peribahasa macam tu?”Aris mula mengejek.Air di hadapannya diteguk rakus.Agaknya dah seabad kot tak minum teh ais.
“Mestilah ada.Saya Bahasa Melayu A plus, plus tau”,Alisa membangga diri.Konon!
“Okey, sekarang saya nak makan.Sudu dengan garpu mana?”Tanpa segan silunya Aris bertanya.Alisa menepuk dahi.Boleh benjol kalau aku tepuk selalu ni.
“Encik Aris Sofian, macam yang saya cakap.Kami orang biasa berusaha untuk makan.So, ada tangan, guna tangan.Masuk mulut jugak”,Alisa memerli jejaka di hadapannya.
Disebabkan perut yang kelaparan, Aris hanya menurut.
Belum lagi habis makanan di pinggan Alisa, Aris sudah menjilat jari.Selama ni dia tinggal dekat Somalia ke?

     Seperti yang dijanjikan, Alisa pergi membuat bayaran di kaunter.Dah janji nak belanja, terpaksalah.

           Keempukan katil sudah terlayar di depan mata.Cepatlah duhai kereta, aku dah penat tahap 10 tan batu-bata ni.
Sesampai sahaja di rumah sewaku, aku terus masuk ke bilik untuk menunaikan solat asar sebelum melabuhakn sauh di kamar.Wah!
Mimpi yang indah-indah ye Alisa!