March 24, 2013

Sahabat vs Cinta bab 20


BAB 20

      Hidup Aris semakin hari semakin diisi dengan galak ketawa dan lawak bodoh Alisa.Apa yang mengubah hidup Alisa, tidak diketahuinya.Bila masa Alisa bersedih, tidak pernah Aris tahu.Apa yang dia tahu, Alisa yang kini sentiasa ceria.Takkanlah lepas pengsan haritu sikap dia terus berubah, fikir Aris.
Sedang asyik Aris melayan angan, pintu pejabatnya diketuk dari luar.
“Masuk!”arah Aris.
Pintu dibuka.Terjegul wajah wanita dalam lingkungan 40an.Dengan senyuman, dia menapak masuk.
“Hai Encik Aris, saya datang sini untuk membincangkan tentang hiasan pejabat encik.Orang yang uruskannya pergi ke bilik air sekejap.Nanti, dia datang”,dengan penuh kelembutan wanita itu melayan pelanggannya.
Aris mengangguk sebelum menatap kembali koputer ribanya.Daripada buang masa menunggu, baik aku siapkan kerja aku, tak ke gitu?
Tiba-tiba;
“Maafkan saya lambat.Saya ke bilik air tadi”,kalut sungguh suara itu kedengaran.
Aris seperti mengenali suara itu.Ala, bukan dia sorang je ada suara macam tu dekat dalam dunia ni.
“Tak apa, silakan masuk”,seraya Aris berkalih daripada menghadap komputer ribanya.
Mata mereka bertatapan seketika.Takkanlah!!!
“Encik Aris, ini akauntan syarikat kami.Buat sementara waktu, dia menggantikan sekejap tempat Puan Sherry.Dia yang akan mengira semua kos yang akan encik keluarkan.Baiklah encik, saya pergi dulu”,seraya wanita itu berlalu meninggalkan Aris dan Alisa.
Tanpa dipelawa, Alisa terus sahaja duduk di kerusi bertentangan dengan meja kerja Aris.
“Puan Alisa, ni tempat kerja aku.Kau tak boleh sedap-sedap macam dekat office kau”,perli Aris.Gayanya macam dia datang sini bukan untuk kerja je.
“Apa saya kisah?Ni office ayah mertua saya jugak.By the way, awak tak pernah cakap pun awak kerja dekat sini.Awak bukan kerja dekat tempat Sakinah ke?”soal Alisa dengan memek mukanya sekali.
“Ni cawangan syarikat kami yang lagi satu.Aku kadang-kadang je datang sini.Syarikat yang ni adik aku yang akan handle.Sementara tunggu dia nak habis belajar, aku kenalah melawat selalu’,jelas Aris sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
Alisa mengangguk-angguk.Pandangan ditalakan ke seluruh ruangan pejabat.
“Besar juga bilik awak ni ye.Boleh jadi rumah”,seraya Alisa bangun.Perlahan-lahan dia menjelajahi seluruh ruangan kerja Aris.Orang kaya, boleh cerita lah.
Mata Alisa tiba-tiba tertancap di sebuah objek yang begitu menarik perhatian.Gatal sahaja tangan Alisa mahu menyentuh.Tiba-tiba, objek yang berkilau itu diangkat.Dia boleh terbang ke?
Rupa-rupanya Aris yang mengangkat objek itu sambil tersenyum mengejek.
Alisa mencebir.
“Orang nak pegang pun tak boleh.Kedekut”,Alisa duduk semula di tampatnya.Dia berpeluk tubuh.
Begitu juga dengan Aris setelah dia meletakkan barang itu di tempat asalnya.
“Kau datang sini atas urusan kerja”,Aris mengingatkan Alisa yang pada hematnya terlupa.
Alisa segera berpeling menghadap suaminya.
“Okey Encik Aris, konsep macam mana Encik Aris nak?”terus sahaja Alisa mengeluarkan sebuah buku yang menunjukkan contoh-contoh hiasan dalaman pejabat.
Aris kaget.Dia ni dah kenapa, tak alih-alih terus serius macam ni.
“Kau ni dah kenapa?Buang tebiat”,tegur Aris.
“Encik Aris, saya datang sini nak kerja.Jadi, konsep yang macam mana encik nak?Macam ni, macam ni, atau macam ni”,Alisa menunjukkan contoh-contohnya di hadapan Aris tanpa menghiraukan teguran jejaka itu.
Aris mengambil langkah hanya menjadi pemerhati.Nak perli aku lah tu, fikir Aris.
Mata Aris merenung Alisa tanpa berkedip sehinggakan gadis itu menjadi rimas.
“Encik Aris, tak payahlah pandang saya yang dah sememangnya cantik ni macam nak tembus.Tak ke mana pun saya kalau encik pandang saya macam tu”,Alisa menyelitkan unsur-unsur riak di situ.Bukan riak, Cuma memuji diri sendiri je okey!
“Perasan”,tutur Aris sepatah.
Alisa tersenyum, ada suara rupanya.Ingatkan dah bisu lepas pandang aku yang cantik mengalahkan Miss Universe ni.
“Hish, orang penat membebel dia boleh jadi tugu Negara pulak.Okeylah, kalau macam tu saya ikut taste saya jelah”,Alisa mula mengemas.
Aris masih lagi kaku.Dia ni kena sumpahan Sang Kelembai apa?!
“Aris, dah lah tu.Gerak lah”,tegur Alisa.Dia menggoncang-goncang bahu Aris.
Aris ketawa kelucuan.
“Haa, baru nak sedar.So, awak nak yang macam mana?”Alisa tersenyum kemenangan.
“Apalah Alisa ni, tu lah siapa suruh sindir aku lagi.Padan muka tak dilayan”,ejek Aris seraya mengambil buku yang terdapat di tangan Alisa.
Alisa menjeling ke kanan.Saja je nak kenakan aku kan!
“Okeylah, yang ni”,ucap Aris setelah membelek-belek majalah itu.Alisa melihat konsep yang ditunjukkan oleh Aris.
“Awak, rekaan yang awak pilih ni macam hiasan dapur tahu tak.Seleraknya”,Alisa mengeleng-gelengkan kepalanya, sengaja mahu mengusik.
Padahal, dah cantiklah tu.Nak jugak bergaduh dekat dalam office laki aku ni.
“E’eh budak ni.Tadi beria-ia suruh aku pilih.Bila aku dah pilih, nak kompelin pulak”,marah Aris.
“Tak, tak, tak.Awak kena pilih yang ni”,Alisa menunjukkan satu rekaan yang sangat keperempuanan.Merah jambu?
“Woi, ni hiasan untuk pejabat sekolah tadika boleh lah.Kau sengaja ye kenakan aku?”duga Aris sambil merenung tajam wanita di hadapannya.Bak kata satu scene filem KL Gangster, ‘wa tengok lu kecik besar kecik besar je’.
“Well, saya ingat kan taste awak macam ni”,selamba sahaja riak di wajah Alisa.
Terlintas idea nakal di benak Aris.
Dia bangun dari duduknya seraya menghampiri kerusi yang diduduki oleh Alisa.Dia tersenyum nakal memandang gadis itu . Kedua-dua belah tangannya mengepung tubuh Alisa.
Alisa kaget sendiri.Dia ni kena rasuk ke?!
“Aris, awak nak buat apa ni?”soal Alisa garang.Suaranya hampir sahaja boleh dipanggil berbisik.
Kerusi yang diduduki Alisa dipalingkan agar membelakangkan meja.
“Kau nak kenakan aku ye?”gemersik sungguh suara Aris kedengaran.Antara dengar tak dengar je .
Jantung Alisa berdetak hebat.Janganlah buat onar, Aris!
Wajah jejaka itu semakin hampir.Alisa gelisah sendiri.
Apabila wajah mereka kurang sejengkal, Aris tiba-tiba terhenti.Tangan kanannya menjangkau mengambil sesuatu di atas meja.
Kepungan dileraikan.Dia bergerak ke sofa.
“Penakut juga kau ni”,Aris menghempaskan punggungnya di atas sofa buatan Itali itu.Apalah, beli barangan buatan Malaysia kan bagus.
Wajah Alisa merona merah.Buat bengang aku je lah mamat ni!
“Dahlah, saya nak balik.Malas nak layan awak”,Alisa mengemas barang-barangnya.Buang masa je datang, bukannya ada berlaku urus niaga pun.
Aris tersenyum sinis.Nak cover benganglah tu!
“Kau nak balik naik apa?Bukan kereta kau masuk workshop ke?”Aris membelek-belek pen di tangan.
Alisa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.A’ah, takkanlah aku nak jalan kaki.Boleh je aku jadi rangka walupun rumah masih tak nampak.
Ala, saya naik…naik teksilah”,Alisa tidak mahu mengaku kalah.
“Hurm, yelah.Pergi sana. Aku tahulah kau sentiasa bawa dompet kau kan”,ucap Aris berbaur sindiran.Alisa menepuk dahi.Aku mana bawak duit spare.Lima ringgit mana cukup nak bayar tambang dari sini ke rumah.
Aris mula bangun dan berkemas.Alisa semakin gelisah.Aku nak naik apa ni.Takkanlah nak jilat ludah sendiri.
Sebaik sahaja pintu dibuka;
“Saya tumpang boleh?”terpaksalah buat tembok China dekat muka ni.Nasiblah, daripada kena jalan kaki 12 km.
Aris cuba menyembunyikan senyumnya.
“Hmmm…”,itu sahaja yang dibalas oleh Aris.
Dengan langkah seribu ‘kebengangan’, Alisa mengekor dari belakang.
Masuk sahaja ke dalam kereta, ketawa Aris meletus maha hebat.Sah, skru dia tertanggal.
“Gelak kuat lagi, kuat lagi”,nada suara Alisa seperti merajuk.Berapa kali aku dah terkena dengan mamat ni hari ni.Buat jatuh saham je.
Ketawa Aris semakin dinaikkan volume suaranya.
Telinga ditutup rapat.
“Dahlah ketawa.Sakit telinga”,marah Alisa.Tawa Aris serta-merta terhenti.
“Dah kau suruh gelak kuat lagi, aku bantailah gelak.Nak marah aku pulak”, Aris menghidupkan enji keretanya.
Ulas bibir dicebikkan.Tak payahlah jadi Donald Duck dekat sini, fikir Aris.Bukan tidak mahu sambung menyakat, nanti kalau minah ni meraung dalam kereta ni, tak mau banjir kereta aku dengan air mata dia.Kalau sebab gangguan banjir je takpe, ni siap pakej gangguan bunyi lagi.Tu yang tak boleh tahan tu.
Lagu di corong radio menghiasi perjalanan mereka.Alisa yang sedari tadi banyak bercakap hanya mendiamkan diri sehingga kereta Aris masuk ke garaj.
Patutlah senyap semacam je, dah lena dah, desis hati kecil Aris.
Dia tersenyum memerhati wajah Alisa dalam tidurnya.Comel betul!
Tubuh Alisa diangkat masuk ke dalam bilik.
Tiba sahaja di separuh jalan, Alisa tiba-tiba tersedar dari tidurnya.
Mata Alisa terbuntang luas saat menyedari dia berada dalam dakapan Aris .
Alisa meronta-ronta minta diturunkan. Pantas sahaja Aris menurunkan Alisa .
“Awak buat apa huh? Ambil kesempatan apa”, bajunya dikemas-kemaskan . Jantung Alisa berdegup laju bagaikan baru lepas menamatkan larian pecut 200 meter .
“Buat apa ambil kesempatan dekat kau . Kau je yang tidur lena sangat “,Aris membalas .
Tanpa menghiraukan Aris , Alisa terhuyung-hayang menaiki tangga .
Sampai sahaja di anak tangga yang keempat , Alisa terpijak bucu tangga . Dia tergelincir . Nasib baiklah Aris sempat sambut . Kalau tak , maunya masuk ICU .
Lengan Alisa dipegang erat .
“Kau okey tak ?”soal Aris.
Alisa terkedu untuk menjawab soalan Aris . Alangkah indahnya hari ini .
“Woi “, sergah Aris .Alisa balik ke dunia nyata . Baru nak berangan .
“Tak , tak ada apa-apa”, tangannya disentap lembut . Perlahan-lahan lengan Alisa dilepaskan .
Perlahan-lahan Alisa mendaki anak tangga .
Aris tersenyum memandang langkah longlai isterinya .Mengantuk sangatlah tu !



         Rambut yang basah dilap agar ia kering . Sebuah buku tentang hiasan dalam pejabat dibuka . Itu sebenarnya buku daripada syarikat Alisa .
Satu persatu helaian diselak . Semua bentuk susunan perabot dalam majalah itu begitu membuatkan Aris rambang mata .
Tiba-tiba , ada sekeping gambar yang terselit dicelah-celah helaian tersebut yang diterbalikkan .
Alangkah terkejutnya Aris apabila melihat gambarnya ketika dia berusia 14 tahun . Gambar dia sedang tersenyum sambil memakai baju Pengakap  ketika pertandingan kawad kaki di sekolahnya .
Macam mana gambar ni boleh ada dekat dia? Takkanlah Sakinah bagi ? Aris semakin runsing.
Gambar di tangan ditatap lama . Betul, ni memang gambar aku .Aku pernah nampak gambar ni dalam kamera….
Ah… tak mungkin !
Gambar itu dicampak ke lantai .
Tak mungkin dia ….

Sahabat vs Cinta bab 19


BAB 19

        Kejadian malam itu bagaikan tidak pernah berlaku.Aris bagaikan lupa atau mungkin buat-buat lupa.Alisa pula sebaliknya.Kata-kata Aris bagaikan belati yang mengguris hatinya.
Sementara aku masih isteri dia, baik aku jalani hidup aku dengan gembira bersama dia.Kebetulan, hari ni ialah hari lahir Aris.Alisa sudah merangka-rangka perkara yang patut dia lakukan.


           Ucapan selamat hari lahir tidak lekang dari bibir pekerja-pekerja.Aris hanya mampu mengucapkan terima kasih.Hari ini, Aris meranacang untuk menyambutnya dengan Sakinah.Mesti Sakinah tak menolak punya.
“Hai Sakinah.Awak dah nak balik?”tegur Aris apabila melihat Sakinah sedang mengemas mejanya.
“Saya dah nak balik dah Encik Aris.Encik tak balik lagi?”soal Sakinah ramah.Ambil hati bos beb.Mana tahu dapat naik gaji ke, naik pangkat ke.
“Sakinah, office hours dah habis.Tak payah nak berencik-encik”.Sakinah sekadar mengangguk.
“By the way, hari ni saya nak ajak awak dinner dengan saya”,sambung Aris lagi.Sakinah terpana.Apa mimpi bos aku ni tiba-tiba ajak dinner.
“Tapi Aris, saya…”.
“Sakinah,  hari ni birthday saya.Jadi, awak tak menolak kan?”Aris merayu.
Mata Sakinah membuntang.
“Aris…saya minta maaf.Saya langsung tak ingat.Selamat hari lahir”,ucap Sakinah tulus.
Aris hanya mampu tersenyum.Dia busy sangat kot, Aris menyedapkan hati.
“Jadi, boleh awak temankan saya”,Aris berbalik kepada perbincangan mereka.
Sakinah serba salah.Nak tolak, takut dia terasa.Dahlah aku lupa birthday dia.Kalau terima, apa pulak kata Alisa nanti.
“Saya…”,
“Please, Sakinah.For only this time.Hadiah birthday saya, okey?”Aris masih tidak jemu merayu.
Dengan serba salah, Sakinah tersenyum sambil mengangguk.
Aris tersenyum ceria.Dapatlah aku rapatkan diri dengan Sakinah kali ni.
“Okey, kemas barang awak.Awak naik teksi kan?”soal Aris.
Sakinah hanya mengangguk.
“So, hari ni saya yang hantar”,Aris menawarkan diri seraya masuk ke bilik pejabatnya.
Sakinah mengeluh berat.Alisa, maafkan aku!  


         Segala perhiasan diperhati.Hmm, bolehlah daripada tak ada.Banner yang bertulis ‘Selamat Hari Lahir’ cantik tergantung.Kek yang dibuat sendiri diletakkan di atas meja.
Alisa tersenyum sendirian.Malam itu, dia memakai blaus berwarna merah jambu dipadankan dengan skirt panjang berwarna putih.Rambut pula ditocang satu di bahagian kanan kepala.
Sementara menanti kepulangan Aris, Alisa menekan punat televisyen.
Tak ada ke cerita yang best sikit.Ni yang dia tayang cerita Inggeris buat apa.Dahlah aku tak faham  satu hapak pun, desis hati Alisa.
Sabar Alisa, sekejap lagi Aris baliklah tu, pujuk Alisa sendiri.


          Hampir dua jam televisyen terpasang tanpa ditonton.Rupa-rupanya Alisa tertidur.
Dia berpisat-pisat bangun apabila terdengar bunyi deruman kereta Aris masuk ke perkarangan rumah.
Pintu dibuka.Aris kelihatannya sedang bernyanyi riang.
“Lambat balik”,tegur Alisa lembut.
“Aku celebrate birthday aku dengan Sakinah tadi”,selamba Aris membalas.
Riak wajah Alisa yang berubah langsung tidak Aris sedari sehinggalah melihat banner yang tergantung.Aris serba salah jadinya.Alisa mengemas meja makan.Kek coklat yang berada di atas meja dipandang lama.Nasib kaulah kek, tak masuk perut orang, perut tong sampah pun jadilah ye.
“Alisa…aku tak tahu…”,Aris mati kata-kata.Alisa hanya tersenyum.
“Tak apalah.Awak dah celebrate dengan Sakinah pun kan.Saya tak kisahlah”,Alisa menyedapkan hati Aris.
“Kalau aku tahu…”.
“Tak apalah.Biar saya kemas dulu ye”,sebak Alisa membalas.
Akhirnya, selamat juga kau mendarat dekat dalam tong sampah ni, omel Alisa sayu.Bukan rezeki Aris nak rasa kek yang aku buat ni.
Sebaik sahaja melewati Aris, lengannya dipegang kejap.
“Kenapa kau tak bagitahu aku kau nak buat semua ni?”tegas Aris bertanya.Alisa tertawa halus sambil menggeleng.
“Kalau saya bagitahu awak, boleh dikatakan surprise ke?”Alisa tersenyum kelucuan.Tapi, tiada langsung yang lucu bagi Aris.
“Takkan kau tak rasa terkilan.Takkanlah kau ni hati batu?”sinis Aris bertanya.
Alisa tertunduk sayu.Janganlah duga hati aku, Aris.
“Ya, saya memang terkilan.Tapi, saya happy sangat sebab walaupun saya bukan orang pertama, tapi saya jadi orang yang terakhir.By the way, ni hadiah awak”,Alisa sedaya-upaya memaniskan mukanya.
Sebuah kotak yang sudah berbalut kemas itu perlahan-lahan disambut oleh Aris.Belum sempat hadiah bertukar tangan, pantas sahaja Alisa merangkul leher jejaka itu.Kolam mata sudah dipenuhi dengan air mata.Perlahan-lahan, pelukan Alisa dibalas.Belakang gadis itu diusap perlahan.Mungkin Alisa perlukan sokongan jiwa tika ini, mungkin.
Setelah beberapa minit, pelukan dileraikan.Hadiah sudah bertukar tangan.
“Saya…minta maaf.Saya…”,seraya Alisa mahu berlalu pergi.Sebabnya dia tidak mahu air matanya mengalir di hadapan Aris.
“Aku tengok kau ni banyak pendam perasaan.Menangislah kalau itu mampu legakan hati kau”,ucap Aris setelah beberapa langkah Alisa meninggalkannya.Alisa menggagahkan diri untuk mengukirkan sebuah senyuman sinis.
“Memang menangis boleh kurangkan beban hati saya, Aris.Tapi, menangis tak dapat ubah kenyataan.Saya hanya mampu bermimpi, tetapi kenyataan tetap kenyataan.Sekalipun saya menangis air mata darah, kenyataan tetap sama”,lemah sahaja nada suara gadis itu.Aris terdiam sambil menghayati setiap butir bicara Alisa.
‘Awak tak akan pernah mengubah kenyataan tu Aris’,sambung Alisa walaupun hanya bicara hati.Aris ditinggalkan sendirian.Jejaka itu kaku sendiri.Begitu kecewakah isteriku itu?Aris terduduk di atas sofa.Apa maksud kata-kata Alisa tu?Aku rasa macam dia tujukan buat aku, tapi untuk apa?Kami bukan berkahwin atas dasar cinta, tapi atas dasar kekeluargaan, itu aje!



        Badan dihempas kasar di atas katil.Alisa mengambil bantal dan menekup mukanya.
“Argh!!!”,Alisa menjerit sekuat hati, seiring dengan mengalirnya air mata gadis itu.
Alisa teresak-esak menahan sendu.Bantal di tangan dicampak ke lantai.Hatinya dipagut rasa sayu.
Cincin di jari dipandang lama.Aris, kenapa kau perlu mengejar cinta yang tak pasti sedangkan cinta aku setia untuk kau.Salah ke aku menyayangi seorang lelaki yang bergelar suami aku, salah ke?
Aku tak boleh nak berhenti daripada bermimpi sebab mimpi aku melibatkan hati dan perasaan aku.Aku tak minta perasaan ni, Aris.Perasaan ni dah lama ada untuk kau, kau je yang tak perasan.
“Kau kejam!”,teriak Alisa sekuat mungkin.Tiba-tiba sahaja tubuh itu terkulai layu.
Aris yang mendengar teriakan Alisa itu bergegas masuk ke bilik Alisa.
“Alisa…”,tegur Aris nemun tiada sahutan.
“Alisa…”masih tiada sahutan.Aris memangku kepala gadis itu.
“Ya allah, Alisa pengsan ni”,terus sahaja tubuh Alisa digendong.Kunci kereta dicapai sebelum dia memandu membelah kepekatan malam.Alisa, jangan buat aku risau!


              Setelah doktor selesai merawat Alisa, Alisa dibenarkan duduk di kerusi bertentangan dengan mejanya sambil dibantu oleh Aris.
“Macam mana keadaan isteri saya doktor?”cemas sungguh nada suara Aris.Janganlah cakap sesuatu yang makin merisaukan aku.Tolonglah.
“Isteri encik ni kekurangan tenaga.Boleh saya tahu, dia ada menjamah sebarang makanan tak tadi?”soal doktor yang memakai tanda nama Salina itu.
Pandangan dihalakan ke arah Alisa.Alisa hanya menggeleng sebagai balasan.
“Isteri encik pengsan sebab tak makan lagi.Tenaga dia kurang, sebab itu tubuh dia menjadi lemah”,jelas Doktor Salina.Aris hanya mengangguk.Perasaan kesal sudah meninggi setinggi Gunung Everest.Takkanlah dia tak makan sebab tunggu aku?
“Kalau macam tu, saya balik dulu ye doktor”,seraya Aris membantu Alisa untuk bangun.Dengan longlainya Alisa mengatur langkah.Padan muka, siapa suruh tak makan.
Belum sempat Aris membuka pintu kereta, Alisa sudah mendahului.Perlahan-lahan dia masuk ke dalam kereta.Aris cuba membantu, namun segera ditepis.Aris hanya membiarkan.
Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, Aris mencari topic untuk berbual.
“Alisa nak pergi makan dekat mana-mana ke?Alisa kan tak makan lagi”,lembut aje tutur kata Aris.
Alisa ketawa geli hati.Aris memandang hairan.Tadi emo semacam, sekarang ni gelak pulak.Ni symptom orang kekurangan tenaga ke?
“Gelak pulak?Apa masalah kau ni sebenarnya?”soal Aris hairan.
“Awaklah, nak lembut-lembut konon.Blah la.Geli tahu tak, nak muntah.Kelakar pulak bila awak nak pujuk saya ni”,Alisa menyambung gelaknya bagaikan terputus urat gelak.
“Orang risaukan dia, dia boleh gelak.Gelaklah lagi, gelak”,Aris berpura-pura merajuk.
“Eeei, tak takut ke jatuh saham merajuk dengan perempuan.Saya tak layanlah orang merajuk ni”,tawa Alisa masih bersisa.
“Kau nak makan tak?”tegas sahaja nada suara Aris kedengaran.
“Cepatlah pujuk saya lagi.Saya nak gelak lagi ni”,Alisa mengejek.Tawa Alisa kembali bergema.
Akhirnya tanpa dipinta, Aris memberhentikan keretanya di hadapan gerai menjual burger.Mereka singgah di situ untuk mengalas perut.Bukan aku tau, Alisa!
Mereka duduk di meja berhampiran.
Alisa memandang sekeliling.Mata Alisa kelihatan sembab.Dia menangis ke, fikir Aris.
“Kenapa kau emo semacam je ek tadi”,soal Aris tiba-tiba.
Mata Alisa membuntang memandang Aris.
“Emo?”.
“Yelah, tadi aku nak tolong bukak pintu kau tak nak.Aku nak tolong kau masuk kereta, kau tak nak.Apehal hah?”sambung Aris lagi.
Alisa tersenyum sumbing.
“Saya saja je nak merajuk dengan awak.Tapi awak tahulah saya, mana boleh merajuk panjang-panjang.Menggedik je lebih”,jelas Alisa sambil meneguk minuman yang baru tiba.
Aris menjuih bibir.
“Kalau macam tu, buat penat je aku pujuk kau tadi.Kalau aku tahu, aku sekeh je kepala kau.Bagi batul sikit otak kau yang mereng tu”,Aris membuat gaya menyekeh kepala.Alisa tertawa halus.
Kalaulah kau tahu….
Alisa menjamah burger yang baru sampai.Aku tekad, aku tak nak jadi kawan kepada air mata lagi.Aku nak jadi Alisa yang sentiasa ceria!!

Sahabat vs Cinta bab 18


BAB 18

       Sudah seminggu perang dingin berlaku antara Aris dengan Alisa.Alisa kelihatannya sentiasa menjauhkan diri.Waktu pagi, seawal 6 pagi dia keluar.Tapi, kalau balik kerja, selewat 1.00 pagi baru dia sampai rumah.Dia macam sengaja nak elakkan diri daripada aku.Sakinah pula susah mahu diajak keluar jika Alisa tidak ikut serta.
Hari ini hari minggu.Aris bagaikan cacing kepanasan di dalam bilik.Suhu pendingin hawa sudah diturunkan sehingga 18 darjah celcius.Panas lagi.
Entah kenapa, sikap dingin Alisa terhadapnya begitu berbekas di hati lelakinya.Aris merencana satu rancangan.Haraplah Alisa masih prihatin dekat aku.Kalau tak, sia-sia je lah.

          Alisa sedang membaca novel sambil mendengar lagu.Tubuhnya dibaringkan di atas katil.Wah, nikmatnya hari minggu.Wahaha!
Tiba-tiba , prang!
Bunyi kaca terhempas kedengaran dari dapur.Mana taknya, dapur dengan bilik aku manalah jauh sangat.
“Ouch!”kedengaran suara Aris mengerang kesakitan.
Alisa mulai risau.Dah kenapa pulak mamat ni?Terpaksalah aku tolong.Tak akanlah nak buat tuli je dalam situasi macam ni.Apa punya housemate lah!
Sampai sahaja di dapur, Aris kelihatan memegang pergelangan tangan kirinya yang tercedera.Loya ditahan.Nasib baiklah tekak aku dah tak buat hal macam masa kecik-kecik dulu.Kalau tak, pantang nampak darah, tak kira tempat, keluarlah isi perut.
“Kenapa ni Aris?”Alisa bertanya risau sambil menyapu kaca yang berterabur.Setelah kaca dibuang, pantas sahaja Alisa mendapatkan Aris.Tangan lelaki itu dibelek.
“Kenapa ni Aris?Panjang ni luka awak.Nasib baiklah tak dalam”,soal Alisa sambil membawa lelaki itu duduk di atas kerusi.Penatlah kot mencangkung.
“Tadi, aku cuma nak susun pinggan.Terlepas pulak.Aku nak kutip, tu yang sampai terluka tu”,jelas Aris dengan muka berkerut-kerut.
First-aid kit dicapai.Cecair Dettol disapu bagi membunuh kuman yang berada dalam luka Aris.Setelah itu, sehelai kapas ditekapkan dengan menggunakan plaster.
Segala peralatan yang digunakan disimpan semula.Belum sempat Alisa bangun, tangannya tiba-tiba digenggam erat oleh Aris menyebabkan Alisa terduduk semula.Wajah jejaka yang dirinduinya dipandang lama bagi melepaskan rindu.
“Kenapa kau jauhkan diri daripada aku?”senada sahaja Aris bertanya.Alisa menundukkan wajahnya.
“Saya tak menjauhkan diri daripada awak.Saya cuma melaksanakan janji saya untuk buat hal sendiri dan tak masuk campur dalam urursan peribadi awak.Tu aje”,senyuman hambar dihadiahkan buat si jejaka.Yes, aku dah tak nangis!Hoorey!
Tiba-tiba sahaja Aris melutut di hadapan Alisa.Alisa terkedu.Kenapa dia buat semua ni untuk aku?
“Alisa, aku merayu pada kau jangan annoying aku lagi.Aku tak tahu kenapa, hidup aku kosong Alisa bila kau annoying aku.Muka aku langsung kau tak nak pandang.Aku minta maaf kalau kata-kata aku dah menyakitkan hati kau.Aku minta maaf.Yang pasti, buat kali ni aku mencemar duli mintak maaf pada kau dan tolong jangan annoying aku”,dengan muka yang begitu mengharap Aris merayu.
Serba salah Alisa jadinya.Dah orang minta maaf, takkanlah aku nak buat macam tugu Negara je.
“Saya…saya…saya tak tahu lah nak kata apa.Saya tak nak disebabkan saya hubungan awak dengan Sakinah yang baru bermula tu jadi hambar.Saya tak nak Sakinah fikir yang kita ni saling menyayangi.Saya tak nak…”,tiba-tiba jari telunjuk Aris mendarat di bibir Alisa.Alisa terdiam serta-merta.
“Alisa, sahabat dan cinta sama-sama penting bagi aku.Aku tak kisah kalau hubungan aku yang baru bermula tu hambar, tapi aku sangat kisah kalau hidup aku yang hambar.Sakinah tu mungkin kekasih hati aku, tapi kau housemate aku.Kau kawan aku, Sakinah cinta aku.Dua-dua sama penting.Jadi, aku tak nak kehilangan salah satu daripadanya”,panjang berjela Aris berucap.Seraya jarinya turun daripada bibir Alisa.
Buat penat jelah kau berhujah Aris, satu habuk pun aku tak faham.Yang aku faham, kau tak nak aku annoying kau.
“Aris, tak payahlah jadi Dr.Love pulak, saya tak faham pun apa maksud awak.Saya tak main bahasa tersirat tau, saya cuma faham bahasa yang straight to the point je”,selamba Alisa membalas.Muka blur sehabis mungkin dia tayangkan buat Aris.
Tiba-tiba Aris ketawa geli hati.Mata Alisa semakin membulatlah gamaknya memandang Aris.
“Sempat lagi tu datang blur dia”,Aris mencubit hidung Alisa.Alisa mengesat hidungnya yang kemerah-merahan.Comel sangatlah tu!
“Sakitlah.Tak pasal-pasal nak cubit hidung orang”,ucap Alisa dengan nada merajuk.
Aris menggeleng-geleng.Manalah aku tak rasa kosong.Aku rindu dengan telatah dia yang kadang-kadang macam budak-budak tak cukup hormon tu.Dengan muka yang blur-blur dia tu, lagilah mencuit hati aku, omel Aris dalam hatinya.
“So, boleh kawan dengan aku balik?”Aris berbalik pada topik asal.Alisa mengeluh perlahan.Manalah aku sanggup nak hampakan kau Aris, desis hati Alisa.
“Aris…saya tak nak awak buat ni sebab awak nak jaga hati saya.Saya tak kisah Aris.Saya dah biasa”,perlahan suara gadis itu.Namun, wajah itu sehabis mungkin cuba dimaniskan.Tak kira, gula kasar, gula halus, gula pasir, gula-gula pun Alisa tambah supaya lebih manis.
Aris dapat mengesan kepalsuan senyuman itu, namun dia hanya berdiam.
Tangan Alisa dicapai.Tindakan itu sedikit sebanyak membuat Alisa tersentak.
“Aku bukan setakat nak jaga kau, tetapi aku sayang kau.Kau sahabat aku.Aku tak nak kehilangan satu-satunya kawan perempuan aku yang tinggal serumah dengan aku.Aku nak kita gaduh macam dekat kampus dulu.Bukannya asyik menjauhkan diri je.Kau tahu tak bosan”,dengan penuh kelembutan Aris memujuk.Dia tahu, hati gadis itu bukannya keras sangat.Hati Alisa sangat lembut sebenarnya jika kena dengan cara.
Alisa tersenyum lagi.Mendengar perkataan sayang, hati Alisa berbunga riang.Okeylah dia sayang aku sebagai kawan, daripada dia tak ada rasa apa-apa pada aku.
“Baiklah, mulai hari ni kita berkawan a.k.a kawan bergaduh.Deal”,jari kelingking dihulurkan.Aris menyambut huluran Alisa dengan jari kelingkingnya pula.Mereka dua-dua tersenyum gembira.Doa mereka agar persahabatan yang terjalin berkekalan, amin.



           Sudah seminggu kejadian itu berlalu.Alisa dengan Aris sudah berbaik a.k.a. bertekak seperti sedia kala.Masing-masing mencari topik untuk bergaduh.Biasanya, salah seorang akan mengalah.Sampaikan, nak isi minyak pun bergaduh nak dekat mana.Sorang nak dekat Shell, sorang lagi Petronas.Saja je cari masalah.

Pengunjung yang lalu-lalang satu-satu diperhatikan.Ada yang jalan sambil pegang briefcase, ada yang telefon tak lekang di tangan, ada yang melayan ragam anak-anak, yang dengar mp3, macam-macam jenis oranglah yang ada dekat pasar raya ni.
Air di hadapan disedut.Sakinah pula sedang sibuk membelek barang-barang yang dibeli.
“Woi, berangan!”sergah Sakinah.
Air ditelan rakus.Nak kena sembur apa minah ni.Main cak ba, cak ba, pulak.
“Kau nak kena sembur ke, nak kena jirus?”soal Alisa garang.Dibuatnya aku tersembur tadi, jatuhlah saham aku yang meningkat naik ni.
“Tak ada pilihan jawapan yang lain ke?”gurau Sakinah.Jawapan yang diberi membawa maksud yang sama iaitu dibasahi dengan air teh ais.
Ada, kau mandi.Nak?”cabar Alisa.Sakinah menggoyang-goyangkan kedua-dua belah telapak tangannya sambil tersenyum ngeri. “Tahu takut”,Alisa menyambung tegukannya.Matanya melilau sekali lagi.
“Kau dengan Aris macam mana, better?”Sakinah memulakan soalannya yang tergendala sebentar tadi.
“Betterlah, kitorang dah bertekak macam dulu.Best”,Alisa tersenyum bangga.Macam orang lain ketandusan kasih sayang je gayanya.
Sakinah menggeleng-geleng.
“A’ah, better sangatlah tu.Dah kahwin pun macam tu jugak.Alisa, Alisa”,Sakinah meneguk air yang dipesannya tadi.Mata Alisa memandang Sakinah dengan kepiluan.Nak better macam mana kalau dia mencintai kau, bisik hati Alisa.
Sakinah seperti mendengar sesuatu.
“Kau cakap apa tadi?”soal Sakinah.Aku rasa macam aku ada dengar something tadi.
Alisa tersentak.Macam mana dia boleh tahu aku ada berkata-kata dalam hati aku ni.
“Aku mana ada cakap apa-apa.Benda ghaib je”,Alisa mahu berdalih.Sakinah hanya mengangkat bahu sambil Alisa menarik nafas lega.Bahaya betullah kawan aku ni, dia boleh dengar benda ghaib!
“Kau cakap apa tadi?”Sakinah tiba-tiba bertanya sekali lagi.Yang Sakinah ni kenapa, asal telinga dia peka sangat hari ni.
Belum sempat Alisa membalas, telefonnya berlagu riang.
Apasal pulak Haikal telefon ni, soal Alisa sendirian.
“Assalamualaikum, Haikal.Kenapa call?”.
“Boleh tolong hantar saya pergi workshop ambil motor saya dekat sana?”ujar Haikal.
“Hmm…okay, nanti saya datang.Bye”,talian dimatikan.
Sakinah memandang Alisa dengan seribu persoalan.
“Haikal minta tolong hantarkan dia pergi workshop.Haritu dia accident, tu yang motor masuk workshop tu”,jelas Alisa tanpa dipinta.Sakinah hanya mengangguk.
“Okeylah, aku blah dulu”,Alisa bangun seraya meninggalkan Sakinah.Sakinah hanya tersenyum memandang sahabatnya berlalu pergi.Alisa, Alisa.


         Sampai sahaja di hadapan sebuah rumah berpagar biru, kelihatan Haikal sedang menunggu di pintu pagar.Sebaik sahaja kereta diberhentikan, terus sahaja Haikal membolosi perut kereta.
Alisa tersenyum menyapa Haikal di sebelah.
“Macam mana tangan, dah okey?”soal Alisa prihatin.
“Okeylah sikit.Nasib baik tak patah, cuma terseliuh je”,Haikal membalas.
Alisa memulakan pemanduan setelah membaca kalimah suci Allah.Semoga perjalanan mereka sentiasa dilindungi di mana juga mereka berada, itu pinta Alisa.Hidup tanpa keberkatan Allah, macam-macam boleh berlaku.

          Setelah membuat pembayaran, Haikal mengajak Alisa ke sebuah warung berhampiran.Tak payah cakap naik apa, depan bengkel je pun.Jalan kaki cukup.
Mereka memesan  dua cawan teh tarik kurang manis.Takut pulak kena potong kaki kalau manisnya lebih.Biar manis dalam senyuman, bukan manis dalam minuman.Hihihi.
Mereka berbual kosong sambil menikmati burger daging special.
“Awak dengan Aris, okey?”soal Haikal.Alisa berfikir sejenak, kenapa semua orang nak tahu pasal aku dengar Aris.Muka aku nampak macam tertekan sangat ke?
“Okey je.Kenapa, muka saya nampak tertekan sangat ke?”soal Alisa pula.
“Saya Cuma tanya je”,seringkas mungkin Haikal menjawab.Aku memang harapkan jawapan tu pun, Haikal.Kenapa tak jawab ‘I’m just asking’, kan ada lah sikit speakingnya.Apa daa…
Alisa menyambung suapannya.Tak sedar pun sos terpalit pada pipinya.
“Bos, tisu”,panggil Haikal tiba-tiba.Alisa meneruskan suapannya.Lantaklah, dia nak panggil bos ke, tuan ke, encik ke, pengetua ke, bukan hal aku.
Sedang asyik Alisa melayan kunyahannya, tiba-tiba Haikal mengesat pipinya.
Mata mereka bertatapan seketika.Haikal tersenyum memandang gadis di hadapannya.Comel betul muka dia yang blur-blur tu.
“Makan macam budak-budak.Pipi pun join sekaki”, perli Haikal.
Tisu di tangan Haikal beralih tuan.Alisa mengesat sendiri pipinya.Wajahnya merona merah.Nak berjiwang karat pulak Haikal ni.
“Terima kasih”,Alisa tidak lupa mengucapkan sebaris ayat yang telah diajar oleh ibunya sejak kecil lagi.
Haikal menyambung suapannya.
Tanpa mereka sedari, satu mata memerhati dengan hati yang berbelah bahagi.Aris mengeluh.Perlu ke aku cemburu sedangkan dia langsung tak menghalang aku bersama Sakinah?Aku keliru!



          Pintu rumah dibuka.Tiada sesiapa  di dalam.Rumah gelap gelita.Takkanlah Aris lupa bayar bil eletrik, fikir Alisa.
Suis lampu dipetik.Alisa mengurut-urur dadanya.Aris ni dah biasa duduk dalam gelap agaknya.
“Baru jumpa jalan balik rumah ke?”sindir Aris.Alisa terpana sendirian, lain macam je bunyi suara dia.
“Kenapa tak tidur?”soal Alisa kembali.Malaslah nak balas sindiran Aris tu, penat.
“Kau keluar dengan siapa sampai balik pukul 10.30 malam ni?”soal Aris berang.Apa, ingat ni sesi soal tak berjawab ke.Aku tanya dia, dia tanya aku balik.
Alisa tersentak sekali lagi.Apahal pulak nak emo malam-malam buta ni, datang bulan apa?!
“Yang awak ni kenapa nak emo pulak”,Alisa mulai berang.Sedap-sedap je nak marah aku.
“Kau keluar dengan Haikal kan tadi.Oh, kau ingat aku buta.Bukan main mesra lagi kau dengan dia.Kau kena ingat kau masih bini aku”,Aris semakin membara mengingatkan hal petang tadi.
“Oh, sekarang ni awak nak kata saya ni isteri awak.Habis, awak tu bukan suami saya.Awak dengan Sakinah saya tak kisah, kenapa pulak awak nak kisah saya dengan Haikal”,Alisa membalas tajam.
Aris kehilangan kata-kata.Aku tak mampu nak lawan dia.
“Awak ingat ye Aris.Kita hanya berkawan.Saya cuba nak ingatkan sekali lagi, kita cuma BERKAWAN!Awak nak keluar dengan Sakinah, awak keluarlah.Walau apapun, saya minta maaf sebab tak beritahu awak yang saya keluar dengan Haikal.Saya lupa awak masih lagi suami saya.Tanpa redha awak, tak adalah redha Allah untuk saya.Saya harap, awak maafkan saya”,Alisa kembali berlembut.Hatinya yang luka ditoreh sekali lagi.
Mendengar kata-kata Alisa, Aris terasa seperti dirinya begitu kerdil.Kerdil kerana hanya Alisa yang sedar akan tanggungjawabnya sedangkan dia…
Alisa berlalu meninggalkan Aris.
“Alisa…”,ucap Aris.
Alisa tersenyum memandang Aris walaupun hatinya sakit.
“Aku minta maaf.Aku sedar aku bukan seorang suami yang bertanggungjawab.Aku janji dengan kau, tak lama lagi aku akan lepaskan kau.Kau boleh kahwin dengan orang lain”,ucap Aris sambil berlalu pergi.Ya allah, kenapa aku serasa macam tak sanggup nak lepaskan dia!
Alisa kaku di diriannya.Sebutir mutiara jernih mengalir di pipi mulusnya.
Aris, jangan ceraikan aku.Aku…sayangkan kau! 

Sahabat vs Cinta bab 17


BAB 17

          Seperti yang dijanjikan, pagi-pagi lagi Aris sudah bersiap-siap untuk pergi ke temu janji dengan Sakinah.Berlainan pula dengan Alisa, dia langsung tak ada hati nak ikut.Mana taknya, kalau diikutkan hati Aris, Alisa tak akan dibawa.Buat apalah dating kalau ada orang ketiga.
Tapi, bagus juga.Lebih baik ada orang ketiga yang nyata, daripada yang ghaib.
Pintu bilik diketuk berkali-kali.Gayanya macam aku ni tak korek telinga setahun je.Sabarlah sikit.
“Alisa, cepatlah sikit.Nanti kesian Sakinah menunggu”,ucap Aris lantang dari luar.
Telinga kanan digosok-gosok.Masalah betul.Orang nak pakai tudung pun tak senang.
“Sabar boleh tak.Saya nak pakai tudung ni.Mengganggu betul”,ucap Alisa separuh menjerit.Jangan tak tahu, aku pernah berlakon jadi tarzan tau dulu.Cuma, aku just jadi bini dia je.Tarzan nya orang lainlah.Sejak bila pulaklah tarzan pergi Pejabat Pendaftaran cakap nak tukar jantina dekat i/c dia.Apa lah.
“Tak payah nak lawa sangatlah.Aku yang nak dating, bukan kau”,seraya Aris turun ke bawah bagi memanaskan enjin.Dengar radio dalam kereta lagi best dari dengar minah ni membebel.
Alisa mendengus kasar.Kalau ikutkan hati sayang dia, tak ada maknanya dia nak ajak aku sekali.Kata pun dating, mana ada tiga orang.
Pintu bilik dihempas kasar sebaik sahaja kakinya menjejak ke luar bilik.
“Betullah kajian diorang”,ucap Aris sambil melihat ke arah di pergelangan tangannya.
Ni ucapan menyambut orang ke apa,fikir Alisa.
“Apa pulak yang betulnya?”Alisa kehairanan.
“Perempuan mengambil masa lebih lama untuk bersolek daripada memakai baju”,ucap Aris selamba.Bibir Alisa dimuncungkan.
“Entah betul, entah tak.Ataupun, awak cuma buat teori awak yang tak berapa nak betul tu”,Alisa bergerak ke sebelah tempat duduk pemandu.Punggungnya dihempaskan di atas kerusi.Nasib kaulah kerusi.Siapa suruh kau diciptakan untuk orang duduk.Untunglah!!
“Saya bukan buat teori yang tak betul.Saya cuma buat teori berdasarkan pemerhatian saya je”,Aris membalas sambil menghidupkan enjin kereta.Suhu pendingin hawa di dalam kereta dinaikkan.Macam tinggal setahun dekat gurun Sahara je.
“Hello Encik Aris, awak ni waktu belajar ambil course peguam ke course business.Ada je yang nak dijawabnya”Alisa memasang tali pinggang keledar untuk memastikan keselamatan.Aris ni kalau bawak kereta, macam tengah drive dekat litar F1 pulak.Lupe terus aku dekat sebelah.
Cuba kalau Sakinah ada, romantiknya dia drive.Langgar lembu pun tak mati.
“Suka hati kaulah nak kata apa pun.Yang penting, aku nak ketenangan.So, senyap”,pantas sahaja Aris memasang radio.Volume dinaikkan.Dia ni pekak kea pa?
Tangan kanan Alisa mengurangkan volume radio agar tidak memecahkan gegendang telinganya.
“Kenapa apahal pulak kau slowkan volume tu?”Aris menaikkan semula volume radio.
Kedua-dua belah tangan Alisa menekup telinganya.Volume radio dikurangkan.
“Gegendang telinga awak tu tak rasa macam nak pecah ke?”Alisa cuba melawan volume radio yang telah dikuatkan semula oleh Aris.Pekak betul.
Kereta tiba-tiba diberhentikan di bahu jalan.Dah kenapa pulak ni, takkanlah minyak kering.
“Kenapa berhenti?”soal Alisa.
“Kalau kau rasa tak selesa, kau turun”,arah Aris. “Tak pun, kau nak aku yang angkat kau turun, dengan senang hati aku tawarkan diri”,sambung Aris.
Mulut Alisa terkunci rapat.Melihat kebisuan Alisa, Aris menggerakkan semula keretanya dengan iringan muzik yang hamper memecahkan gegendang telinga.
Kedua belah telapak tangan ditekapkan ke telinga.Sengaja cari pasal.


          Setelah menjemput Sakinah, Aris memandu ke sebuah pusat beli-belah terkemuka yang terletak di tengah-tengah kota.Alisa di belakang umpama tak wujud.Pelikkan macam mana boleh sampai belakang?Ni semua Aris punya pasal.Disebabkan Sakinah, aku kena turun pindah ke belakang.Ingatkan nak buat pakatan mogok, tapi kalau fikir-fikir, langsung tak ada faedah buat mogok lebih.Fikir Aris nak layan, buang masa, buang tenaga.

Dari dalam kereta hinggalah ke tempat yang dituju, Alisa sentiasa dibiarkan di belakang.Sakinah pun macam dah lupa yang aku ni ada dekat belakang.
Twisties yang sebentar tadi baru dibeli dikoyakkan pembungkusnya.Sebatang- sebatang tiwsties dikunyah.Tengok tu, nak masuk kedai Pacific pun tak bagitahu aku.Nasib baik aku tak terbabas masuk Greenpoint tadi.Dasar orang nak bercinta, seluruh alam ni dia lupa.
Kelihatan sehelai baju berwarna hijau lembut yang begitu memikat hati Alisa.Baju tersebut dibelek-belek.Baju ni dahlah cantik, kalau aku paai mesti lagi cantik, Alisa mula perasan sendiri.
Nak buat macam mana, tak ada orang yang nak memuji.Terpaksalah angkat bakul sendiri naik.
“Aris, cantikkan baju ni.Boleh belikan tak?”pinta Alisa.Aris memandang melihat gadis itu memadankan baju itu ditubuhnya.
“Kau beli sendirilah.Aku tak cukup duit”,Aris seraya meninggalkan Alisa apabila Sakinah memanggil.Walaupun sebenarnya Sakinah panggil Alisa.Salah dengar apa?
Hati Alisa begitu kecewa.Tak apalah, dia tak ada duit tu.Nanti-nanti boleh beli, Alisa memujuk hatinya.
Sakinah kelihatannya sedang membelek sehelai baju berwarna merah jambu.        
“Alisa, cantikkan baju ni?”soal Sakinah.Ingat juga dia dekat aku.Aku fikir dia dah lupa.
“Memang cantik”,balas Alisa dengan hati yang tawar.
“Awak nak beli ke Sakinah?Saya boleh belanja”,Aris menawarkan diri.Mata Sakinah membuntang memandang Aris sebelum memandang Alisa semula.
Alisa mengangguk sambil tersenyum.Sakinah nak beli, siap tawarkan diri nak belanja lagi.Aku yang meminta ni, sebelah mata pun tak pandang.
“Tak menyusahkan awak ke?”Sakinah serba salah.Nanti apa pula kata Alisa.Luaran tersenyum, mana tahu hati menangis.
“Memang tujuan saya nak belanja pun hari ni.Lagipun, saya yang ajak awak keluar”,lembut Aris membalas.Hati Alisa semakin sakit.Kalaulah kau tahu, Aris…
Belum sempat Sakinah membalas, baju ditangan terus diambil oleh Aris untuk dibawa ke kaunter.
“Alisa, kau tak nak beli apa-apa ke?Kau isteri dia pun tak beli apa-apa, aku je yang melebih”,serba-salah Sakinah jadinya.Apa pulak kawan aku fikir nanti?
“Tak apa lah.Cuma, kau boleh tolong aku tak?”pinta Alisa sambil mengerutkan mukanya.
“Tolong apa?”.
“Cakap dengan Aris, aku balik dulu.Rasa tak sihatlah.Okey, aku balik dulu.Bye”,pantas sahaja Alisa meninggalkan Sakinah terpinga-pinga.Tadi punyalah sihat walafiat, ni tiba-tiba je muka berkerut seribu.
Aris menghampiri Sakinah dengan beg plastic yang berisi baju.
“Mana Alisa”,soalan Aris yang pertama.Risau ke bang?
“Dia kata dia tak sihat.Dia balik dulu”,ujar Sakinah.
“What, dia balik dulu?Dia naik apa?Kenapa tak suruh saya hantarkan?Kalau jadi apa-apa nanti, siapa yang susah”,gawat Aris jadinya.Hatinya begitu risau.Sakinah di sebelah dilupakan terus.
“Ehm…ehm…risau Nampak.Sayang betul awak dekat Alisa ye”,Sakinah mengusik.Nampak sangat Aris ambil berat pada Alisa.
Aris tersedak.Betul ke aku sayangkan Alisa?
“Bukan apa, kalau ada apa-apa jadi dekat dia nanti mak dengan ayah saya mesti salahkan saya”,Aris membetulkan tanggapan Sakinah.
“Yelah tu.Kalau dah sayang tu, mengaku jelah”,Sakinah meninggalkan Aris.Langkah diatur laju bagi menyaingi Sakinah.Hari ni aku mesti buat Sakinah terpikat dekat aku, itu tekad aku!



         Televisyen dipasang bagi menghilangkan kebosanan.Sebaik sahaja sampai di rumah tengah hari tadi, Alisa terus masuk ke bilik.Bila dah bosan,tu yang tengok tv cerita entah apa-apa tu.Ingat ke nak bagitahu Aris aku dah selamat sampai rumah, tapi bateri kong pulak.Jadi, biarkan jelah.Entah Aris kisah, entah tak.Al maklumlah, dah ada kekasih hati, buat apa fikir pasal aku,Buat serabut kepala je.
Bunyi deruman enjin kereta menyedarkan Alisa dari lamunan.Jam tangan dikerling.Pukul 10.30 malam baru jumpa jalan balik rumah apa?
Baru sahaja Alisa bangun untuk membuka pintu, pintu telah dibuka.Terus sahaja Aris menerpa kea rah Alisa seraya memegang kedua-dua belah bahunya.
“Alisa, kau okey?Kau dah sihat ke?Kenapa balik tak tunggu aku?Kenapa tak call bila sampai rumah?Kau tahu tak aku risau”,bertalu-talu Aris mengajukan soalan.Alisa hanya terdiam sambil merenung mata bundar di hadapannya, mencari keikhlasan kata-kata jejaka itu.
“Kenapa kau diam?Kau tahu tak, temu janji aku dengan Sakinah hambar disebabkan Sakinah anggap aku sayangkan kau.Kenapa kau buat macam tu?Kau sengaja nak buat Sakinah jauhkan diri daripada aku, kan?Kau nak Sakinah anggap aku sayangkan kau?Kau dah lupa perjanjian kita, kau akan tolong…”
“Enough, Aris”,pegangan di bahu Alisa terlerai.Ayat Aris terhenti di situ sahaja.Pandangan tajam dihadiahkan buat jejaka di hadapannya.Kolam mata sudah mula dibanjiri air.
“ Jadi awak nak salahkan saya lah ni.Awak Cuma nak tuding jari ke arah saya.Awak tak Tanya pun kenapa saya balik.Yang awak tahu, tuduh saya macam saya ni jahat sangat je”,Alisa berjeda seketika.Kekuatan dikumpul bagi meneruskan ayatnya.
“Saya tahu saya tak adalah baik sangat.Tapi, saya tak akan memusnahkan kebahagiaan orang lain.Saya sanggup lakukan apa sahaja terutama untuk orang yang saya sayang”,bola mata Alisa bergerak-gerak bagi menahan air matanya daripada mengalir.Empangan air mata dibina sekukuh-kukuhnya agar kelemahannya tidak ditunjukkan di hadapan Aris.
“Oh, ye ke?Aku tak rasa kau orang yang jenis macam tu.Yang aku tahu, kau memang berdendam pada aku kan?Kau sengaja nak buat aku dengan Sakinah berpisah,kan?”tuduhan Aris begitu tajam menikam jantung Alisa.Jahat sangat ke aku di mata Aris.
Alisa memberikan senyuman sesinis mungkin buat Aris.
“Oh, awak rasa saya macam tu kan?Fine, saya memang tak boleh nak tolak pandangan orang lain pada saya.Saya minta maaf kalau saya membuatkan temu janji awak dengan Sakinah menjadi hambar.Saya minta maaf kalau saya balik tak tunggu awak.Saya minta maaf kalau saya balik tak call awak sebab bateri handphone saya kong.Saya minta maaf sebab pura-pura sakit semata-mata nak tinggalkan korang berdua.Cuma, saya nak awak tahu.Saya balik pun sebab saya kecil hati dengan awak.Awak boleh belikan Sakinah baju yang lebih mahal daripada harga baju yang saya minta.Saya tahu saya tak berhak rasa macam tu sebab kita kahwin bukan atas dasar cinta pun.Kita kahwin sebab terpaksa.Sedangkan awak lebih mencintai Sakinah.Saya minta maaf.Mulai hari ni, saya tak nak masuk campur dalam urusan peribadi awak, dan awak jangan sesekali masuk campur dalam urusan hidup saya.Maybe kita serumah, tapi hati kita berlainan.Awak adalah awak, saya adalah saya.Awak tak akan faham saya, dan saya tak akan pernah cuba memahami awak’,begitu panjang sekali ucapan Alisa buat Aris.Begitu dalam makna kata-kata gadis itu.Kata-kata itu umpama tersirat seribu perasaan sakit.Buat pertama kalinya, Aris melihat Alisa semarah dan senekad itu.Gadis itu kelihatan begitu kecewa sekali.Nasib baiklah ibu bapa mereka sedang berada di tanah suci Makkah.Kalau tak, mereka tentu risau melihat hubungan Aris dan Alisa yang semakin memburuk.
Pintu bilik dihempas kuat.Tubuhnya disandarkan ke pintu.Air mata yang mengalir perlahan pantas sahaja diseka.Aku tak akan sekali-kali menangis buat seorang lelaki.Cukuplah air mata aku tumpah.Air mata aku terlalu mahal untuk tumpah kerana seorang lelaki.

Lain pula keadaan Aris di ruang tamu.Beberapa kali rambutnya dikuak ke belakang.Melulu sangat ke tuduhan aku sampaikan Alisa nekad buat hal masing-masing.Ya allah, kenapa aku risau macam ni.Aku tak nak kami bagaikan orang asing.Aku nak kami berbaik-baik seperti sedia kala.Aku sayangkan…persahabatan kami.Dia seorang sahabat yang baik.
Aris mendengus.Kepala diletakkan di atas sofa.Moga esok mereka kembali berbaik semula, pinta Aris di dalam hati.



           Jam dinding dipandang lama bagi memastikan pukul berapa dia terjaga.Baru pukul 3.00 pagi.Hauslah pulak.
Pintu bilik dibuka.Matanya melilau melihat pintu bilik Aris yang tertutup rapat.Lena betul dia tidur.
Setelah meminum segelas air masak, Alisa melalui ruang tamu untuk ke bilik.Tiba-tiba, matanya menangkap sekujur tubuh berbaring di atas sofa.Kelihatan Aris sedang tidur sambil berpeluk tubuh.Mesti sejuk.
Selimut diambil bagi menyelimuti tubuh jejaka itu.Buat tak tahu jelah pasal aku cakap nak buat hal sendiri tu.Nanti, mati kesejukan pulak.Siapa yang merana, aku jugak.        
Wajah jejaka yang sedang lena itu dipandang lama.Kacaknya suami aku.Untung aku dapat jadi bini dia.Tapi, dia beruntung ke dapat aku sebagai isteri?Aku tak adalah lawa sangat kalau nak dikatakan sepadan dengan dia yang kacak tu.Tak ada iras pinang dibelah dua pun.
Alisa bermain-main dengan anak rambut suaminya.Air mata yang baru mengalir diseka pantas.
Alisa, kau kena kuat!Kau dah tekad untuk lupakan dia.Salah satu caranya, kau kena jauhkan diri daripada dia.Kau kena berkorban, desak hati Alisa.
Alisa tersenyum tawar.Aku nak orang yang aku sayang bahagia, dan aku akan pastikan kau bahagia di samping Sakinah.Itu janji aku, Aris.
Dahi jejaka itu dikucup lama tanpa dia sedari.Kali ini, air matanya dibiarkan mengalir.Mungkin, inilah kali terakhir aku dapat serapat ini dengan Aris sebab lepas ni aku akan cari ruang untuk sentiasa jauhkan diri daripada dia.Sedihnya aku!
Tapi, Alisa mesti kuat.Bukan ke cinta memerlukan pengorbanan.Chaiyok!Chaiyok!

Sahabat vs Cinta bab 16


BAB 16

 “Alisa…”panggil Aris sambil memegang tombol pintu.Kepala Alisa terus mendongak memandang Aris di hadapan pintu.
“Jom, belajar naik motor”,ajak Aris lalu meninggalkan Alisa dalam bilik keseorangan.
Hati Alisa berbunga riang.Dah lama dah aku mintak dia ajarkan.Akhirnya, terbuka juga pintu hati di untuk ajar aku, teriak Alisa di dalam hati.
          Setelah memakai tudung, langkah diatur kemas menuruni tangga.Aris kelihatan sedang menunggu sambil memegang kunci motor.
Enjin dihidupkan.Menderum bunyi motor apabila gear diputar.Alisa duduk di hadapan sebagai pemandu dan Aris di belakang sebagai pembonceng.
         Perlahan-lahan Alisa membawa motor mengelilingi taman perumahan tersebut.
“Macam ni ke masa awak mula-mula belajar naik motor dulu?”suaranya dilantangkan agar dapat menyayingi bunyi motor.
“Tak adalah.Aku tengok ayah aku, aku dah dapat pick up dah”,berlagak sungguh nada suara Aris.Alisa mencebir.Aku tahulah aku lambat pick up, tak payahlah sindir time orang tengah excited belajar naik motor ni.
Tanpa disedari, sebuah motor yang ditunggangi oleh dua orang remaja memintas motor yang dibawa oleh Alisa.Tar jalan menjadi tempat mereka ‘mendarat”.
Alisa bernasib baik kerana jatuh di atas kawasan berumput.Tapi, yang tragisnya Aris.Dia terjatuh atas jalan tar yang berturap tu.
Aris dihampiri.
“Awak okey tak Aris?”,tanya Alisa cemas.Nampak macam teruk luka dekat kaki dia ni.Terkoyak seluar.
“Woi, buta ke?”teriak Aris kepada dua orang remaja tadi yang dengan selambanya berlalu begitu sahaja.Alisa menggeleng kepala.Tak tahu hormat orang langsung!
“Ouch!”Aris merintih kesakitan.Sapu tangan Alisa keluarkan dari kocek seluar sebelum mengelap luka Aris yang membuak-buak darah keluar.Tahanlah Alisa, ujarnya pada diri sendiri.Mana taknya, aku mana boleh tengok darah banyak sampai macam ni sekali.Tekak yang terasa loya ditahan.Haisy, janganlah buat hal duhai tekak.
Alisa memapah Aris yang sedang mengerang kesakitan untuk pulang ke rumah.Lebih cepat dirawat, lebih cepat baik.
Setelah memasuki bilik, Aris di dudukkan di atas katil.Peti kecemasan dicari.Mana pulak ni?!
“Aris, first aid mana?”soal Alisa cemas.
“Dekat stor”,ujar Aris pantas.
Alisa berfikir sejenak apa yang diperkatakan oleh Aris.Kalau tengah cemas, Alisa boleh jadi blur.Jangan tak tahu.
Stor, stor?Stor?otak Alisa berputar ligat.
“Woi, aku tengah sakit ni.Kau buat apa tu?”,terjah Aris membuatkan Alisa mengurut dada.Terkejut oden.
“Stor?Stor, stor?Oh, stor.Okey, saya pergi ambil sekarang”,Alisa berlari-lari anak menuruni tangga.
Aris sempat lagi menggeleng.Dalam suasana cemas pun boleh datang ‘penyakit’ dia yang satu tu.
Alisa masuk ke dalam bilik dengan membawa first aid kit di tangan.
Segala tingkah laku Alisa dperhati.Dari mengeluarkan ubat sehinggalah tangan Alisa sudah bersedia untuk menyapu iodin di lutut Aris yang terluka.
“Aris, saya nak sapu ubat ni”,ucap Alisa sambil mendongak memandang Aris yang galak memerhatikannya.
Mata Aris langsung tidak berkelip memandang Alisa.
“Aris…kelopak mata awak ada masalah ke?”soal Alisa sinis.Aku tahulah aku ni lawa sangat, tapi tak payahlah tengok aku macam otot kelopak mata tengah cramp.
Soalan Alisa membuat Aris tersedar dari renungannya.Macam manalah aku boleh termenung pulak ni.Fikir bukan-bukan pulak minah ni nanti.
“Tak adalah.Kelopak mata saya masih boleh berfungsi dengan jayanya.Cepatlah, sapukan ubat”,arah Aris persis seorang komnder tentera.
Alisa mencebir.Dia tenung orang bagai nak tembus boleh, aku tanya sikit je nak marah.Cakap jelah nak cover bengang, senang cerita, omel Alisa di dalam hati.
Iodin yang telah dituang ke atas kapas disapu ke lutut Aris yang luka.Wajah jejaka itu berkerut-kerut menahan sakit.
“Alisa, kau ni sapu ubat ke membunuh aku?”dalam kesakitan, Aris menguatkan semangatnya untuk bertanya.Kambate! (Berusaha)
“Dalam proses menyapu ubat ni, saya akan membuat awak terseksa sehingga awak mati”,selamba Alisa membalas sambil menekan kuat lutut Aris yang luka itu.
“:Adoi!”teriak Aris kesakitan.
Rasakan seksaan aku.Banyak sangat songeh.Kalau dah sakit tu, buat macam sakit tak boleh, omel Alisa.
Plaster ditampal di atas luka Aris.Walau pun tersa sakit, Aris hanya mendiamkan diri.Tadi dia tekan luka aku, silap hari bulan, boleh je dia simbah iodin dekat aku.Tak nak aku.
First aid kit diletakkan di tempatnya semula.Aris galak membelek lukanya.Tiba-tiba pintu bilik dibuka.Alisa lah tu, fikir Aris.
“Macam mana kaki, dah okey”,prihatin Alisa bertanya sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Aris.Aris mendongak memandang gadis di sebelahnya.
“Lebih okeylah daripada masa tengah sapu iodine tadi.Seksa, seksa”,sindir Aris.Alisa hanya tersenyum.Jangan risau, aku faham maksud kau tu.
Aris mencebir bibir.Takkan tak terasa kot.
“Awak ni boleh jalan tak.Manalah tahu, kaki awak ni terlebih manja.Nak jalan pun kena orang tolong”,Alisa mengubah topik perbualan mereka.Jangan tak tahu, betapa risaunya aku bila dia jatuh motor tadi.Hanya tuhan je yang tahu.
Aris mencuba untuk berjalan.Alisa menepuk dahi.Ni kalau masuk olimpik berjalan palin lambat, boleh jadi johan dunia.Mencatat kelajuan 0.5km/5 j.Siput pun lebih laju aku rasa.
Alisa bangun untuk membantu Aris.Tangan kiri Aris diletakkan di atas bahu, manakala tangan kanan Alisa memaut pinggang jejaka itu.Hati Alisa berdetak hebat.Jangan gugur sudahlah.
Aris didudukkan di atas sofa yang terdapat di ruang tamu rumah.
“Muka tu jangan berkerut sangat, nanti cepat berkedut”,pesan Alisa sambil berlalu meninggalkan Aris.Jejaka itu memandang sepi pemergian Alisa.
Kenapalah jantung aku ni berdebar-debar.Jangan kata aku dah jatuh cinta.No way!Tekad aku untuk mempermainkan perempuan, that’s all, desis Aris sebelum melelapkan matanya untuk melupakan segala kekusutan.




“Aris, bangun Ris”,Puan Maimunah menggoncang-goncang bahu anak terunanya yang sedang lena tidur di atas sofa.
Aris berpisat-pisat bangun.Terlayar wajah Puan Maimunah di retina matanya.Bukan mama pergi kursus haji ke tadi?
“Mama baru balik ke?”soal Aris dalam keadaan mamai.
Puan Maimunah menggeleng-geleng.
“Dah, kamu pergi naik atas.Isteri kamu mana?”soal Puan Maimunah sambil bercekak pinggang.
“Dia ada dalam bilik kot”,ujar Aris sebelum bangun untuk masuk ke bilik.
Pintu bilik dibuka.Terlihat jelas sekujur tubuh sedang tidur berniarap sambil mengalas kepalanya dengan lengan yang diletak di atas sebuah buku.Mungkin diari Alisa kot.
Wajah yang sedang lena tidur itu dipandang lama.Wajah Alisa memang tenang ketika tidur.Macam budak-budak.
“Alisa, bangun”,Aris menggoncang-goncang bahu Alisa.Alisa tersedar.Perkara pertama yang dilakukannya ialah menutup diarinya.
“Pukul berapa sekarang ni?”Alisa bertanya dengan mata yang masih kuyu.
“5.30”,balas Aris setelah mengerling jam tangannya.Mata Alisa terbuntang luas.
“Ya allah, macam manalah saya boleh tertidur”,Alisa bingkas bangun untuk masuk ke bilik air.Aris memandang hairan.
“Yang kau ni kenapa kalut sangat?”soal Aris hairan.Alisa terhenti seketika.Baru dia terfikir…
Cuba awak bagitahu saya pukul 5.30 pagi atau petang”,Alisa mengecilkan matanya yang sememangnya sepet itu.
“Petang”,sesingkat mungkin Aris membalas.
Alisa menepuk dahi.Mati-mati aku ingat 5.30 pagi.
“Kenapa tak bagitahu awal-awal?”marah Alisa.Buat penat aku je bangun cepat-cepat tadi.
“Kau yang blur, nak salahkan aku pulak”,Aris membalas.Ni lah dia Nur Alisa Sofia, tak pernah nak mengaku kesalahan sendiri.Kalau salah pun, dia tetap juga nak betulkan.Nasib badanlah dapat bini macam ni.
Punggung Alisa dilabuhkan di sebelah Aris.Kepalanya dipicit perlahan.
“Kau ni kenapa?”soal Aris, bimbang.
“Pening, tadi terkejut sangat bila bangun”,perlahan Alisa membalas.
Tangan Aris pantas sahaja menarik kepala Alisa ke bahunya.Walaupun agak terkejut pada mulanya, Alisa berasa tenang selepasnya.Pertama kali bahunya menjadi sandaranku tanpa aku pinta merupakan perkara paling bahagia yang berlaku pada hari ini.
“Macam mana, okey?”soal Aris sambil mengusap-usap rambut ikal Alisa itu.Mata Alisa terpejam buat seketika.
“Ni lah yang aku inginkan selama ini.Berada di sisi orang yang aku sayang”,ucap Alisa perlahan, hanya  untuk dirinya.Tidak sangka pula, telinga Aris begitu peka sehingga dapat menangkap butir bicara Alisa.
“Kau cakap apa tadi?”soal Aris.Tangannya berhenti daripada mengusap-usap rambut Alisa.Aris seperti mendengar sesuatu, namun tidak terlalu jelas.
Kepala Alisa secara drastiknya diangkat.
“Hurm…mana ada cakap apa-apa.Saya…saya…nak pergi tandas”,Alisa berlari-lari anak meninggalkan Aris yang sedang terpinga-pinga.
Di dalam bilik air, Alisa menari-nari sendirian.Hatinya berbunga bahagia.Aku tak pernah sebahagia ni.
Setelah beberapa minit melayan rasa bahagianya, Alisa keluar untuk bertemu dengan Aris.Tujuannya, dia ingin menyatakan perasaannya.Mungkin terdorong oleh kebahagiaan hatinya.
Aris sudah tidak kelihatan di atas katil.Mana pulak mamat ni?
Matanya melilau ke sekeliling.Alangkah terkejutnya Alisa apabila melihat Aris sedang berdiri di balkoni bilik.
“Aris…”,panggil Alisa.Aris kelihatannya sedang mendail nombor di atas telefon bimbitnya.
“Saya nak cakap sesuatu…”,nada suara Alisa semakin lama semakin perlahan apabila Aris meletakkan jari telunjuk di bibir menandakan senyap.Alisa hanya menurut.
“Assalamualaikum, Sakinah…Tengah buat apa tu?...You free tak esok?...I nak ajak you pergi teman I jalan-jalan…Tak apa, Alisa ikut sekali…Okey, I ambik you pukul 10.00 pagi esok…Bye”,Aris mematikan talian sebelum memandang Alisa di belakang.
“Kau nak cakap apa tadi?”soal Aris.
Lidah Alisa menjadi kelu.Nampaknya, terpaksa batalkan jelah.
“Tak…tak apalah.Tak jadi”,Alisa berpaling.Kenapa aku rasa macam nak nangis je?
Lengan Alisa dipegang.Alisa berpaling.Tajam pandangan Aris menikam jantungnya.
“Jangan tipu aku.Kau nak cakap apa tadi”,tegas Aris bertanya.Dia tak suka orang yang cakap separuh jalan.
Alisa menundukkan kepalanya.Air jernih mula membanjiri matanya.
“Awak tak perlu tahu, Aris.Ini bukan urusan awak”,tangan yang dipegang direntap kasar menyebabkan pegangan tangan Aris terlerai.Alisa berlalu meninggalkan Aris.
Aris terpinga-pinga melihat situasi sebentar tadi.Itu bukan Alisa.Dia seorang yang sangat penyabar, tak mudah melenting.Dia sentiasa ada kekuatan dalaman walaupun air matanya sentiasa mengalir.

Sahabat vs Cinta Bab 15


BAB 15

             Tiga hari berada di hospital membuatkan Alisa kebosanan.Setiap hati, ibu bapa dan ibu bapa mertuanya tidak jemu-jemu melawat.Macam aku ni sakit apalah sangat.Cuma demam je pun.Yang doktor ni pun satu, aku dah sihatlah.Yang sampai dua tiga hari duduk sini buat apa.Kesian pesakit-pesakit lain tak ada tempat, aku dah rembat.Alasan doktor, aku demam sebab kehilangan banyak air.Mana taknya, aku asyik menangis je.Takkanlah terlebih buang air kecik pulak.Tak logik betullah.Kesudahannya, jadi ‘mayat hiduplah’ aku dekat hospital ni.

           Kelibat Aris dicari.Lupa pulak, dia pergi kerjalah.Habistu,  dah selama tiga hari dia sentiasa ada teman aku.Rindulah pulak, Alisa tersenyum sendirian.Tanpa disedari, pintu ditolak dari luar.Terjegul wajah Haikal dengan sekuntum senyuman.Sejambak bunga mawar diletakkan di meja berdekatan.
“Assalamualaikum”,ucap Haikal sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil Alisa.Senyumannya dibalas.
“Waalaikumsalam.Awak tak kerja ke?”soal Alisa prihatin.Jam dikerling, nak kata waktu makan tengah hari baru pukul 11 pagi.Takkanlah Aunty Farah buang tebiat bagi lunch awal.
“Saya baru balik dari outstation.Tu yang singgah sekejap jenguk awak.Awak apa khabar?”tanya Haikal.
“Macam yang awak tengok.Saya rasa macam saya ni sakit lepas bersalin je.Duduk hospital punyalah lama”,omel Alisa.Bibirnya dijuihkan seperti Donald duck.Comel sangatlah tu.
“Awak tu kekurangan air.Tulah, asyik menangis je.Kan dah dapat ‘rumah sewa’ sementara”,usik Haikal.Semakin mendepa bibir Alisa dijuihkan.
“Mana ada.Saya cuma terlebih buang air kecik jelah.Pandai-pandai je awak cakap saya banyak menangis”,ucap Alisa dengan riak bersahaja.Haikal menggeleng-gelengkan kepalanya.Tengah sakit pun sempat lagi nak mengusik orang.
“Alisa, Alisa, nak tipu bukan dengan saya.Saya ni keturunan ketujuh Nujum Pak Belalang lah.Ingat saya tak tahu ke awak banyak menangis.See the leg lah”,Haikal membalas usikan Alisa dengan usikan juga.Tangannya menepuk-nepuk dada dengan bangganya.
“Jap, jap, saya tengok kaki awak ada lima jari je.Kalau sepasang, maknanya 10 jari.Sama je macam kaki saya.Tak adalah hebat sangat kaki awak tu.Nak berlagak keturunan Nujum Pak Belalang konon.Sebijik lah dengan awak, kaki temberang”,balas Alisa bersahaja sambil berpeluk tubuh.Haikal tertawa girang dengan nada suara yang dikawal.Agak-agaklah, ni hospital.
Alisa juga tertawa apabila melihat insan di hadapannya galak ketawa.Hatinya digeletek kalucuan melihat gaya Haikal ketawa.Macam budak-budak.
Tanpa disedari, sepasang mata sedang memandang dari luar bilik melalui ruangan kaca di pintu tersebut.
Hati Aris tiba-tiba dibakar api cemburu.Beria-ia aku ambil half day, rupa-rupanya ada kekasih hati meneman, desis hati Aris yang gelisah.Cemburukah itu?
Sedang asyik Aris melayan cemburunya, pintu dibuka dari dalam.Mata Aris terus berkalih menghadap dinding.
“Hei, bro”,tegur Haikal yang baru keluar dari bilik yang menempatkan Alisa.
Tubuhnya dipalingkan menghadap Haikal.
“Hei bro.Dah lama kau sampai.Kau kata kau kena pergi Perancis untuk uruskan barang-barang dari sana.Baru balik?”ramah Aris menyapa, cuba menyembunyikan kegelisahan hatinya.
“A;ah, aku baru balik.Terus aku datang sini.Apa-apa pun, take care of your wife.Aku chiow dululah, nak rehat.Assalamualaikum”,ucap Haikal sambil bersalaman dengan Aris sebelum berlalu meninggalkan Aris.
“Waalaikumsalam”,jawab Aris sambil bergerak masuk ke bilik Alisa.
Senyuman semanis mungkin dihulurkan buat si suami yang sudah lama bertakhta di hati.Cuma belum diluahkan sahaja.
“Ambil half day ke?”sapa Alisa ramah setelah menjawab salam yang dihulurkan oleh Aris.
“Hurm…”,lemah sahaja Aris membalas.Segala yang baru dipertontonkan terlayar diingatannya.
Alisa terdiam melihat perlakuan Aris yang serasanya dilakukan tanpa perasaan itu.Dari gaya dia meletakkan briefcase sehingga dia membuka kot yang tersarung ditubuhnya, semuanya tanpa perasaan.Dah kena sumpah agaknya suami aku ni.
“Mesra betul kau dengan Haikal tadi.Macam pasangan kekasih je”,perli Aris.Mendengar soalan Aris membuatkan Alisa berfikir sejenak.Cemburukah dia.
“Kami kawan jelah.Dia buat lawak bodoh tadi, tu yang saya gelak sampai tak ingat dunia”,balas Alisa sambil tersenyum geli hati mengingat kembali apa yang dibualkan mereka tadi.
“Bahagia betul”,sindir Aris sekali lagi.
Alisa buat muka pelik.Yang dia ni tak habis-habis sindir aku ni kenapa.
“Cemburu ek?”usik Alisa tanpa sengaja.Mulut ditekup.Aku nak cakap dalam hati je, macam mana boleh terlepas.Haisy mulut, berapa bulan kau tak bayar insurans ni.
Aris menjadi kalut tiba-tiba.Aku cemburu ke?
“Aku bukannya cemburu.Cuma, aku takut kalau mak ayah kita datang, apa diorang akan cakap.Aku takut je diorang kata bukan-bukan”,Aris cuba menutup silapnya mencemburui Alisa dengan Haikal.
Wajah Alisa menjadi kelat.Ingatkan cemburu tadi.
“By the way, doktor cakap kau boleh keluar esok”,sambung Aris setelah berjeda beberapa saat.
“Alhamdulillah, terselamat juga saya daripada bahana ‘rumah sewa’ ni”,ucap Alisa sambil meraup wajahnya menandakan syukur.
“So, lepas ni tak payahlah aku susah-susah nak melawat kau”,Aris melabuhkan punggungnya di atas sofa.Matanya masih tetap pada Alisa yang sedang mengikat rambut yang serabai mengalahkan Hantu Kak Limah itu.
“Eleh, tak ikhlas cakap.Tak apa, lain kali saya suruh Haikal je temankan saya.Tak menyusahkan awak, kan?”Alisa berjauh hati.Nampak sangat Aris tak ikhlas membantunya.Aku tak minta pun.Kalau aku tahu menyusahkan kau, aku tak payah minta tolong kau, sambung Alisa di dalam hati.Selipar disarung sebelum bergerak ke luar.Ingatkan nak minta tolong belikan air tadi.Habistu orang dah kata menyusahkan, beli sendirilah gamaknya.
“Alisa, kau nak pergi mana tu.Tandas dekat dalam ni je kan”,tanya Aris sebaik sahaja terperasankan Alisa sedang memegang tombol pintu untuk ke luar.
“Saya nak beli air”,seperti merajuk sahaja suara Alisa kedengaran.Pantas sahaja Alisa keluar tanpa mengendahkan Aris yang mengejar dirinya.
“Hei, biar aku yang belikan.Kau masuk bilik balik”,arah Aris setelah menyaingi langkah Alisa yang meninggalkannya.Lengan Alisa dicapai bagi menghentikan langkah gadis itu.
“Tak apalah.Saya dah sihat.Saya boleh beli sendiri”,balas Alisa sambil menyentak tangannya supaya Aris melepaskan pegangannya.
“Okey, aku minta maaf.Aku tak tahu pulak kau merajuk.Sorry”,mahu tak mahu sahaja Aris meminta maaf.Bibirnya dicebir.Kalau tak ikhlas, tak payah minta maaf Encik Aris!
“Awak ni faham ke tak.Saya kata saya nak beli sendiri, biarkan jelah.Saya masih kuat lagi.Saya cuma demam je”,Alisa menjadi emosional tiba-tiba.Hatinya sakit mengenangkan ayat yang baru sahaja dituturkan oleh Aris.
Aris terpempam.Bukan dia tidak biasa dengan kemarahan Alisa, tapi kini dia betul-betul terasa dengan tindakan Alisa terhadapnya.Teruk sangat ke apa yang aku cakap?
“Saya minta maaf.Saya tak sengaja.Cuma, kali ni saya tak nak susahkan awak.Awak kan penat kerja, jadi awak pergilah berehat dekat rumah.Saya boleh beli sendiri.Awak balik je.Lagipun esok saya dah boleh keluar”,ujar Alisa sambil menundukkan wajahnya.Suara Alisa perlahan sahaja.
Kedua-dua belah tangan Aris diangkat bagi menandakan yang dia  sudah mengalah. Tubuhnya diundurkan beberapa tapak sebelum berpaling ke belakang meninggalkan Alisa.
Hatinya terluka.Terluka dengan perilaku Alisa.Tapi, tak seharusnya aku terluka.Dia cuma isteri yang terpaksa aku kahwini, itu saja.
Alisa berpaling semula untuk membeli air.Aris maafkan aku, aku cuma…
Ah! Kenapa aku emosional tiba-tiba.Mungkin kerana hati aku yang terguris, aku melepaskan kemarahanku.Maafkan aku!



          Beg dibuka.Hurm, rasanya semua dah ada.Berus gigi, ubat gigi, sabun, baju, seluar, cukup!Yeay, hari pembebasan aku ke dunia luar!!Selamat tinggal rumah sewa, Alisa nak keluar dah ni.Mesti aku akan rindukan bau ubat-ubat dekat sini, tak pun katil yang separa batu ni.Mana taknya, keras semacam je katil ni.
“Assalamualaikum”,sapa Aris yang baru tiba.
Muka Alisa berubah serta-merta.Baru plan nak naik teksi.Potong stim betul lah.
“Waalaikumsalam.Awak…buat apa dekat sini?”soal Alisa kehairanan.
“Aku nak tinggal dekat sini”,dengan selambanya Aris membalas sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berhampiran.
Alisa buat muka pelik.
“Awak nak tinggal sini buat apa?Awak sakit ke?”dengan ‘lurusnya’ Alisa bertanya.Janganlah sakit Aris, aku risau  ni.
“Entah, aku nak merasa jugak katil separa batu kau tu”,balas Aris sambil bergerak ke sebelah Alisa.Pemegang beg itu dicapai.
“Kejap, awak nak buat apa dengan beg saya ni?”pemegang beg ditarik kembali.Macam tak ada beg lain je nak rembat.Kot ye pun, takkanlah beg dapat percuma dari petronas ni juga yang dia nak.
“Kau ni nak balik ke tak?”dengus Aris.Berhentilah blur Alisa, penat nak layan.
“Saya memang nak balik.Tapi, saya naik teksi je kalau awak nak tinggal dekat sini.Buat penat awak je ulang alik”,jelas Alisa.
Aris menepuk dahi.
“Kau ni perli aku ke?”ucap Aris sambil menyentap beg yang mereka rebutkan mengakibatkan pegangan Alisa terlerai.
“Aris, kalau awak nak tinggal sini, tinggal jelah dekat sini”,marah Alisa.
“Alisa, are you here with me now?Bangunlah, aku datang sini nak jemput kau balik.Bukannya nak merasa tidur atas katil separa batu kau tu”,tegur Aris.Mata Alisa terkebil-kebil memandang jejaka di hadapannya.Adoi, kenapalah aku ni blur sangat, Alisa menepuk dahi.
Senyuman si kerang busuk diberikan buat si jejaka.
Aris pantas sahaja meninggalkan Alisa yang masih kaku di diriannya.Langkah diatur kemas bagi menyaingi langkah Aris.
“Aris, kalau ye pun bosan layan saya, tak payahlah tinggalkan saya.Nanti kalau nurse ingat saya pesakit baru nak masuk kang,terpaksalah saya tinggal lama lagi.Tak nak saya tinggal dekat ‘rumah sewa’ tu”,pantas sahaja lengan Aris dipegang kemas tanpa disedarinya.
Pandangan Aris dialihkan memandang tangan yang kemas memegang lengannya.
Menyedari pandangan Aris, tangannya diturunkan daripada terus memegang lengan jejaka itu.Apesal mamat ni bad mood je?
Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, sekeliling kenderaan tersebut diperhati bagi menghilangkan kebosanan.Hurm, cakaplah sesuatu Aris.Aku tengah bosan ni!
“Yang kau ni kenapa, macam tak pernah nampak kereta aku je”,tutur bicara Aris bermula sebaik sahaja berhenti di lampu merah.Ingatkan dah bisu tadi, fikir Alisa.
“Saya bosanlah.Habistu, awak tu bad mood semacam je.Cara cakap pun macam nak menengking”,ulas Alisa.Macam pengkritik professional gitu.Tapi, yang lainnya aku pengkritik tanpa gaji.
Aris menyambung kebisuannya.Punat radio ditekan.Lagu Pujaan Hati nyanyian kumpulan Wali diperdengarkan.Bait-bait lirik dihayati.Macam perli aku je.Terasa tau!
       
            Sedang asyik Alisa melayan anganannya, kereta sudah pun terpakir di garaj.Tinggal keluar kereta je.Pintu dibuka sementara Aris mengambil beg Alisa di bonet.
Nasib baiklah mak ayah kitorang ada.Kalau tak, kerja dia mendera akulah.Tak ada maknanya dia nak angkatkan beg aku.

           Sampai sahaja di bilik ‘kami’,aku terus merebahkan katil di atas badan.Maksud aku, badan di atas katil.Nikmatnya setelah tiga hari tidur atas katil separa batu.Terasa semua tulang-belulang aku sedang ‘memanjakan’ diri, sebab tulah malas semacam je nak bangun.
“Hei Alisa, yang kau sedap-sedap baring dekat situ buat apa.Tolonglah aku bawak beg kau yang macam guni beras 1 tan ni”,dengus Aris yang baru tiba di muka pintu.
Mata yang baru sahaja mahu melabuhkan sauh terbuka semula.Tubuhnya didudukkan.
“Alah, awakkan lelaki.Takkanlah angkat guni 1 tan pun tak boleh”,selamba Alisa membalas.
Sesampai sahaja Aris di hadapan almari, beg Alisa dihempas ke lantai.
Ni yang buat aku marah ni, dengus Alisa.
“Yang awak ni kenapa, tak alih-alih nak bad mood dengan saya pulak.Kalau ye pun ada masalah, tak payahlah nak lepaskan pada saya.Tak pun, kalau awak rasa terpaksa untuk ambil saya, fine, saya akan bayar gaji awak walaupun tak dapat nak tandingi gaji awak sebagai bos”,sembur Alisa dengan machine gun nya.Tubuhnya dibaringkan semula.
Tanpa disedari, Aris juga menghempaskan tubuhnya di atas katil.Hati Alisa tiba-tiba bagaikan mahu luruh.Dah buang tebiat apa mamat sebelah aku ni.Tidur pun tak pernah sekatil, tak alih-alih baring sebelah aku.
“Sorry, aku cuma tertekan”,terpancar keikhlasan di sebalik nada suara jejaka itu.Aris memalingkan wajahnya menghadap Alisa di sebelah.Begitu juga dengan Alisa.
Jarak wajah mereka hanya satu jengkal sahaja.
“Kenapa?”soal Alisa perihatin.Aris mendengus halus sebelum memalingkan wajahnya semula menghadap siling.
“Sakinah tak nak dating dengan aku sebab dia kata kau isteri aku”,jelas Aris.Hati Alisa menjadi sayu.Sebab Sakinah ke dia bad mood?
“Saya ingat kenapa tadi”,perlahan sahaja suara Alisa.Wajahnya dipalingkan semula menghadap siling.Hancur hatiku.Bagaikan pasu kaca dihentam ke batu, begitulah hati ku.Cehh, berjiwang karat pulak minah ni.
“Kau fikir?”soal Aris.
“Saya ingat awak kena saman 3 juta sebab belum bayar insurans mulut, cakap main lepas”,selamba Alisa membalas membuatkan Aris berpaing secara drastiknya menghadap Alisa.Alisa membalas pandangan Aris dengan senyuman mengejek terukir di bibir.
“Sedap-sedap je kau cakap macam tu.Aku cium kang”,ugut Aris.Hati Alisa kangsung tidak gentar mendengar ugutan Aris.Ingat aku takut ke?
“Buatlah, kalau berani.Saya tak…”
Cup!Kucupan di bibir membuatkan Alisa terdiam seketika.Setelah beberapa detik berlalu, barulah bibir Alisa dilepaskan.
Pantas sahaja Aris bangun dari pembaringannya.Dia sendiri tidak sedar mengapa dia bertindak sedrastik itu.Padahal, pada Aris, dia langsung tidak mempunyai perasaan terhadap Alisa.
Bibir bawah digigit.Betul ke Aris baru….
“Itulah, lain kali jangan cabar aku”,sinis Aris bersuara bagi menutup debaran di hatinya.Memang betullah dia tak bayar insurans mulut lagi.
Wajah Alisa merah padam menahan malu.Lidah dah keras macam kena simen.Aku nak balas apa.Hidup-hidup dia terima cabaran aku.Aku ingat nak main-main.Wajah hanya ditundukkan.
Aris tidak mampu berkata apa-apa lagi.Tombol pintu dipulas.
“Aris…”,tiba-tiba suara Alisa terkeluar dari peti suara.Aris berpaling menghadap Alisa.
“Nanti…saya akan tolong awak rapat dengan Sakinah”,ucap Alisa tanpa memandang wajah si jejaka.Hatinya masih berdebar-debar dengan tindakan drastik Aris.
“Thanks”,ucap Aris sebelum berlalu pergi.
Hati Alisa tersayat pedih.Kenapa kau tak nak terima aku sedangkan aku bila-bila boleh terima kau, Aris.Kau tahu tak aku sayang kau.Cuma kau je tak pernah perasan apa yang aku dah buat pada kau.Kau langsung tak nampak perasaan aku dalam mata aku ni.Aris…Aku sayangkan kau, teriak Alisa dalam ruangan hatinya yang tidak ada sesiapa boleh dengar.

Sahabat vs Cinta Bab 14


BAB 14

          Pagi itu, Alisa tidak seceria seperti selalunya.Sarapan langsung tidak dijamah.Dia juga bertolak ke tempat kerja lebih awal dari biasa.Kalau kebiasaannya, lagi seminit nak mula waktu pejabat baru batang hidung Alisa kelihatan.Hari ini, dia terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan soalan-soalan ‘wartawan’ mengenai matanya yang sembab akibat menangis seharian semalam.

         Sebaik sahaja sampai di pejabat, Alisa bergegas ke pantri.Dia terlihat satu susuk tubuh seorang jejaka sedang membancuh air minum.Lantaklah, kalau pencegah maksiat datang pun, Jamilah ada dekat kaunter.
Tanpa mengendahkan orang disebelah, serbuk perasa Horliks dicapai sebelum di cedok masuk ke dalam cawan.
“Alisa…”,sapa suara di sebelahnya.
Alisa sudah ketakutan.Siang-siang pun ada hantu ke.Siap panggil nama aku lagi.
“Alisa, sayalah.Haikal”,ujar suara itu.Sambil berpaling, Alisa berfikir.Jangan dia menyamar jadi Haikal sudahlah.
Haikal tersenyum memandang Alisa yang tersenyum takut-takut.Hari ni aku serabai sangat ke sampai boleh dianggap hantu, fikir Haikal.
“Saya oranglah”,ujar Haikal sambil tertawa geli hati.Penakut jugak si Alisa ni.
“Hantu pun boleh mengaku orang apa”,lega sikit rasa hatinya apabila menyedari itu adalah Haikal yang sebenar.Nasib baik bukan hantu raya, kalau tak aku tak ada ayam nak bagi.Matilah aku kalau dia makan aku.
“Kenapa mata sembab ni?Menangis lagi?”soal Haikal sebaik terperasankan mata Alisa yang membengkak akibat terlalu banyak menangis.
Terus bertukar rona wajah Alisa.Air Horlicks diteguk bagi menghilangkan rasa sedihnya.Dengan harapan, perasaan sedih akan mengalir sekali bersama-sama air Horlicks yang diteguknya.Boleh ke?
“Hei, kenapa murung ni?Tak apalah, kalau Alisa tak boleh cerita, tak payah cerita.Saya tak kisah”,Haikal berusaha memujuk.
Alisa mengeluh.Kan bagus kalau yang berdiri di sebelahnya adalah Aris.
“Tak adalah.Saya…memang perlukan rakan bercerita sekarang ni”,Alisa berjeda seketika.
“Semalam, dia minta tolong saya dapatkan Sakinah, kawan baik saya untuk dia”,sambung Alisa lagi.Nafas ditarik sedalam-dalamnya demi mencari sebuah ketenangan.Empangan air mata dibina setinggi-tingginya.
Hati Haikal menjadi ehsan apabila melihat mata si gadis yang sudah digenangi dengan air mata.Belakang gadis itu diusap untuk menenangkannya.
Topik lain dicari bagi mengubah topic yang sedang mereka bicarakan.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu apabila nama Sakinah disebut.
“Boleh saya tanya sesuatu?”pinta Haikal.
Kepala Alisa mendongak daripada merenung lantai.
“Awak dulu belajar dekat UKM ke?”soal Haikal.Kalau ye, patutlah macam….
“Ye.Kenapa?”Alisa kehairanan.Wajah di hadapannya diamati.Macam pernah nampak.Ingatannya kabur.
“Hei, saya Haikal lah.Kawan Aris”,Haikal mengingatkan Alisa.Mana mungkin dia lupakan Alisa yang pada satu masa dahulu pernah menjadi ‘seteru’ sahabat karibnya sendiri.
“Awak kawan Aris.Ya allah, kecilnya dunia”,Alisa seperti tidak percaya.Sangkanya, Haikal masih menetap di luar Negara seperti yang dia ketahui.
Haikal tersenyum melihat perubahan wajah Alisa.
“Ha, kan manis senyum macam tu”,puji Haikal.Alisa memang seorang gadis yang cantik.Cuma, cara dia melayan lelaki harus diubah sedikit.
“Manis?Hahaha.Persatuan hantu gigi pun tak sanggup nak ambil saya sebagai member.Manis sangatlah tu”,Alisa menidakkan pujian Haikal yang dirasakannya berlebihan.
Tiba-tiba, Haikal ketawa lepas.Kecut perut Alisa jadinya.Dia ni, dah kena sampuk hantu gigi ke?Janganlah, aku tak sengaja panggil tadi.
“Hai…Haikal, awak okey?Ke, awak dah sampai dunia lain”,tanya Alisa teragak-agak.
Tawa Haikal masih bersisa.
“Hei, saya okeylah.Saya masih ada lagi dekat dunia nyata ni.Apalah awak ni”,geli hati dia mendengar soalan Alisa yang tak berapa nak munasabah tu.
“Habistu, awak ketawa macam dah kena sampuk dengan pontianak je”,ucap Alisa.
“Alisa, mak saya cakap jangan disebut-sebut sepsis tu.Nanti, datang hantu gigi dengan pontianak sekaligus, padan muka awak”,bisik Aris di telinga.Dari cara percakapan Aris boleh membuatkan bulu roma Alisa berdiri tegak.
“Haikal, jangan main-mainlah”,marah Alisa.Aku ni Nampak je berani, tapi penakut tau.
Terlepas juga tawa yang Haikal sembunyikan.Mata Alisa merenung tajam Haikal yang sedang galak ketawa.Lengan jejaka itu dicubit persis ketam batu yang tak ada perikemanusiaan.

“Adui”,tangan kiri Haikal mengusap-usap bekas cubitan Alisa di lengannya.Keturunan ketujuh ketam batu ke apa Alisa ni.
“Padan muka.Dahlah, saya nak buat kerja.Layan awak, sampai tulat pun dah habis.Assalamualaikum”,ucap Alisa seraya berlalu meninggalkan Haikal.
Haikal tersenyum memandang tubuh Alisa yang semakin menghilang.
“Waalaikumsalam”,jawab Haikal dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.Jangan kata kau dah jatuh cinta, Haikal!


         
“How’s life, Alisa?”soal Aunty Farah, merangkap adik kepada bapanya.Ketika ini, Alisa sedang berada di dalam pejabat ibu saudaranya.Sebaik sahaja menerima panggilan interkom daripada ibu saudaranya, pantas sahaja Alisa bergegas ke bilik ibu saudaranya yang juga merupakan bos di tempat dia bekerja.
“Maksud aunty?”Alisa kehairanan.Macam mana hidup?Tu ke maksud aunty?
“Maksud aunty, selepas menjadi wife orang”,ucap Aunty Farah.Macam tahu-tahu jelah apa yang aku fikir, desis hati Alisa.
Alisa tersenyum.
“Macam biasa.Alisa makan, tidur, buang air, pergi kerja”,terang Alisa satu-persatu.
Aunty Farah menggeleng.Ada ke itu yang dijawabnya.
“Alisa, Alisa.Maksud aunty, kamu bahagia?”soal Aunty Farah, menghentikan segala bicara anak saudaranya yang boleh dikatakan agak rapat dengannya.
Mata Alisa membuntang memandang Aunty Farah.Perlu ke aku menipu mengatakan bahawa aku bahagia.
“Mestilah bahagia.Ada suami tercinta dekat rumah”,Alisa berpura-pura tersenyum.Janganlah nampak macam senyuman tiruan sudahlah.
“Alisa tipu aunty?”duga Aunty Farah.Senyuman Alisa langsung tidak kelihatan asli.Keceriaan Alisa, jelas dibuat-buat.
Alisa terpempam mendengar soalan Aunty Farah yang tepat mengenai batang hidungnya.Aunty Farah ni belajar psikologi ke dulu?Habistu, kenapa buka business hiasan dalaman, soal Alisa sendirian.
“Buat apa Alisa nak tipu, aunty.Tak ada untungnya.Bukannya dapat naik gaji pun”,gurau Alisa, cuba menutup penipuannya.
Aunty Farah tersenyum mendengar gurauan Alisa.Anak sedara aku ni, kalau orang tengah serius pun boleh lagi bergurau.
“Alisa, please tell me the truth sayang.Aunty dapat rasakan sesuatu yang Alisa cuba sembunyikan dari kami semua”,Aunty Farah menggunakan kaedah psikologi.Ini semua berkat ajaran suaminya yang juga bekerja sebagai doktor psikologi di sebuah hospital terkemuka.
Wajah Alisa berubah serta-merta.Aku belum bersedia untuk bercerita.Aku takut air mata aku tumpah Aku tak nak.
“Aunty, Alisa bukan nak kurang ajar.Cuma, Alisa tak boleh cerita sekarang.Alisa, minta maaf”,ujar Alisa sambil tersenyum tawar memandang ibu saudaranya.
“Tak apa, aunty faham.Tapi, aunty nak nasihatkan Alisa.Kalau perlu menangis, menangislah.Kalau perlu menjerit, menjertilah.Jangan pendam dalam hati.Sakit, nak”,pesan Aunty Farah.
Alisa tersenyum manis memandang ibu saudaranya.
“Terima kasih, aunty.Alisa akan ingat pesan aunty tu’,ujar Alisa sebelum bangun bergerak ke arah pintu.
Kepalanya dijegulkan dari luar.
“Aunty…”,panggil Alisa.
Mata Aunty Farah terus beralih memandang anak saudaranya itu.Ingatkan dah pergi tadi.
“Cakap dengan uncle, tahniah.Dia dah didik aunty menjadi phsycologist dengan jayanya”,ucap Alisa sebelum cepat-cepat menutup pintu.
Aunty Farah tersenyum sendirian.Alisa, Alisa, tengah bersedih pun boleh lagi nak bergurau yang bukan-bukan.


           Tingkap dibuka agar udara segar dapat memenuhi ruang kerjanya.Aris termenung menghadap permandangan kota yang dipenuhi dengan hutan-hutan batu.Kepalanya berputar ligat.
Kalau dulu, dia dengan Alisa adalah seteru yang pantang berjumpa pasti akan ada machine gun meletus.Tapi sekarang, dia terlah meminta bantuan seterunya untuk mendapatkan Sakinah setelah mendapat tahu gadis itu sudah putus dengan kekasihnya.
           Aris tersenyum sendirian.Di saat-saat bosan seperti ini, hatinya masih lagi mengingat wajah Alisa.Wajah si gadis yang tersenyum, ketawa, murung, sedih, kecewa, segalanya tentang Alisa.
Betul ke aku tak cintakan dia?Betul ke aku sukakan Sakinah, bukan Alisa?Ah, serabut!
Aku dah janji tak akan melibatkan diri lagi dengan cinta.Aku cuma nak permainkan perasaan perempuan aje.Aku tak boleh jatuh cinta!
Tanpa disedari, punat call ditekan setelah nama Alisa tertera di skrin.
“Assalamualaikum”,ucap Alisa.
“Waalaikumsalam.Apahal kau call ni?”tanya Aris senada.
“Saya nak tanya, awak nak join tak lunch saya dengan Sakinah?”,kecewa sungguh bunyi suara Alisa.Mana taknya, orang telefon dia jawab macam harimau tak makan setahun je.Aku mana boleh kalau lelaki cakap macam nak marah, aku sedih.
“Hurm, boleh jugak.Nanti biar aku ambil kau”,terus talian dimatikan.
Alisa mengeluh.Tanpa salam atau pamit, terus tutup telefon.Kawan konon, kawan apa kalau kawan sendiri telefon macam nak marah je.Agaknya, dia sibuk kot.
“Hai Alisa.Call siapa tu?”tanya Haikal yang kebetulan melalui mejanya.Wajah Alisa kelihatannya murung sahaja setelah mematikan talian.
“Suami saya”,pendek sahaja jawapannya.
Hati Haikal kecewa tiba-tiba.Kecewakah kau, Haikal?
“Oh, suami…Habistu, takkanlah muka macam budak-budak tak dapat kereta control je?”gurau Haikal, cuba menutup kekecewaannya.
“Awak nak tahu, dialah yang buat saya menangis dekat tasik hari tu”,jelas Alisa.Aku tak tahulah kenapa senang je aku nak buka mulut kalau dengan Haikal.Agaknya, sebab aku perlukan rakan bercerita kot, fikir Alisa.
Haikal terdiam.Suami dia buat Alisa menangis macam tu sekali.
“Suami saya tu adalah kawan awak, Aris”,sambung Alisa lagi setelah berjeda buat beberapa ketika.
Haikal ceria semula apabila mendengar nama sahabat baiknya.
“Alisa, saya nak join lunch awak nanti boleh?”pinta Haikal tiba-tiba.Alisa memandang pelik.Kena rasuk dah ke mamat ni?
“Dah lama saya tak jumpa Aris”,terang Haikal apabila melihat muka pelik Alisa.
Alisa mengangguk-angguk.
“Pukul satu.Dia ambil”,ucap Alisa.
Haikal tersenyum sebelum meninggalkan Alisa dengan tugasnya.Tujuannya tadi adalah untuk ke tandas.Dah alang-alang terserempak dengan Alisa, tergurlah sekali.



Restoran Bulan Terang merupakan restoran pilihan Aris untuk mereka makan tengah hari.Sakinah duduk di sebelah Alisa manakala di hadapan mereka berdua adalah Haikal dan Aris.
“Tak sangka kan, dulu kau dengan Alisa ni seteru paling top dekat u.Tak alih-alih, korang kahwin”,ucap Haikal sambil mengambil air yang baru dihantar oleh pelayan ke meja mereka.
Aris yang sedang meneguk air kopi susu tersedak apabila mendengar bicara Haikal.
“Hei, kau ni kenapa bro”,Haikal menghulurkan tisu kepada temannya.
“Kitorang kahwin atas perancangan keluargalah.Apalah kau ni”,ucap Aris sambil mengesat air yang membasahi bibirnya.Nak cakap pun tunggulah aku habis minum air.Apa punya kawanlah.
“Oh.Aku terfikir jugak, bila masa lah korang ni bercinta.Manalah tahu, korang bercinta masa aku dekat laur negara dulu”,usai Haikal sambil memandang Alisa yang sedang tersenyum tawar.Tersirat makna disebalik senyuman si gadis.
Sebaik sahaja makanan tiba, persoalan tadi terus sahaja lenyap.Semuanya makan dengan berselera sekali kecuali Alisa.Makanan Alisa langsung tidak berusik.Namun, hanya Haikal sahaja yang prihatin.Alasan yang diberikan hanyalah tiada selera.

“Aris, aku dengan Alisa naik teksi jelah.Kau dengan kitorang bukannya satu jalan”,ucap Haikal sebaik sahaja Aris selesai membuat pembayaran.
“Eh, tak menyusahkan ke?”soal Aris.Hatinya menjadi tidak keruan apabila Alisa akan berduaan dengan Alisa di dalam teksi.Cemburukah dia?
“Tak apa.Aku tak nak menyusahkan kau.Alisa tak kisah kan?”soal Haikal.Kenapalah Haikal terlalu prihatin terhadap aku.
Alisa tersenyum sebagai balasan.
“Okeylah kalau macam tu.Aku dengan Sakinah pergi dulu.Assalamualaikum”,ucap Aris sebelum berlalu pergi bersama Sakinah.Mereka kelihatannya sedang berbual mesra.
Alisa dan Haikal pula bergerak ke tempat menunggu teksi.
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya sebuah teksi merah putih berhenti di hadapannya.
Yang anehnya, Haikal tiba-tiba menyuruh pemandu itu berhenti sebaik sahaja melalui sebuah taman rekreasi.
Kami memilih untuk duduk di atas rumput di bawah sebatang pokok yang rendang.
“Boleh awak ceritakan pada saya perkara yang sebenarnya”,ucap Haikal setelah beberapa minit mendiamkan diri.
“Perkara sebenar?”soal Alisa hairan.
“Ya, tentang semua perkara.Kenapa awak begitu sedih sedangkan awak berkahwin atas perancangan keluarga?Kenapa awak bazirkan air mata awak untuk satu perkahwinan tanpa cinta?Cuba awak jelaskan”,nada suara Haikal meninggi.Alisa seperti mahu menangis apabila dimarahi sebegitu.Tapi, aku tak boleh duduk diam.
“Apa hak awak nak masuk campur?Kita baru kenal semalam, tiba-tiba awak nak korek segala cerita tentang saya.Apa kena dengan awak, huh?”Alisa jadi berang tiba-tiba.tak alih-alih nak marah aku.Nak kena pelangkong apa.
“Sebab saya cintakan awak.Dari dekat kolej lagi, awak tahu tak?Saya tak boleh tengok awak menangis.Saya tak nak tengok awak macam terbeban sangat je dengan masalah awak.Hati saya sakit, awak tahu tak”,mata Haikal kemerahan.Segalanya telah diluahkan.
Alisa terpempam.Kepalanya ditundukkan.
“Boleh kan awak terima saya?”ucap Haikal dengan suara yang semakin mengendur.
Air mata Alisa kembali mengalir.
“Haikal, kalau perasaan cinta saya ni boleh beralih pada awak, saya dah lama buat.Tapi, saya tak boleh.Awak tahu dah berapa lama saya cuba.10 tahu saya cuba lupakan dia.Tapi, tetap tak boleh.Awak ingat, saya nak sangat menangis macam ni.Saya nak sangat sakitkan hati saya ni.Masalahnya sekarang, saya tak boleh langsung lupakan dia.Awak faham tak?”lancar sahaja pertuturan Alisa walaupun sedang menangis.Haikal terkedu mendengar luahan hati Alisa.Sesungguhnya, hati Alisa memang sedang menahan sakit yang teramat dahsyat.
“Alisa, saya janji pada awak.Saya tak akan buat awak menangis lagi.Saya akan bahagiakan awak”,pujuk Haikal yang kebingungan.Tangisan Alisa semakin menjadi-jadi.
“Macam mana awak nak bahagiakan saya sedangkan hanya Aris yang buat saya bahagia, Kal.Saya…tak…boleh…Saya…minta maaf”,ucap Alisa sebelum dia terkulai layu dalam pelukan Haikal.Tubuhnya dicempung Haikal untuk dibawa ke hospital.
“Pak cik, cepat sikit.Kawan saya demam”,ucap Haikal sebelum teksi menderum laju membelah jalan.Tujuan aku hanya untuk pujuk dia.Tapi, macam mana boleh jadi macam ni.
Rambutnya diraup ke belakang.Sesalan bertamu dalam hatinya.


          Aku dekat mana ni.Ni bukan bilik aku.Pandangan aku beralih pada sesusuk tubuh yang sedang duduk di atas sofa.
“Alisa, kau dah sedar?”cemas Aris mendapatkan Alisa.Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Haikal, Aris terus bergegas ke hospital yang menempatkan Alisa.
Alisa hanya tersenyum.Sakinah juga turut berada di situ.
“Alisa, kau okey?”tanya Sakinah risau.
“Tolong ambilkan air”,suara Alisa serak-serak kedengaran.Belum sempat Sakinah menuangkan air untuk Alisa, Aris sudah memintas.
Alisa ditegakkan agar selesa untuk minum air.
“Terima kasih datang melawat”,ucap Alisa ikhlas.
“Alisa, doktor kata kau demam panas.Kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau sakit?”prihatin Aris bertanya.Hatinya risau jika ada sesuatu terjadi pada Alisa.
“Saya tak nak susahkan awak”,ikhlas Alisa menjawab.Hatinya bahagia apabila melihat betapa ambil beratnya Aris terhadap dirinya.Tapi, adakah sebab tanggungjawabnya sebagai suamiku dan atas alasan itu dia prihatin terhadapku?
“Alisa, kau sakit.Takkanlah itu pun menyusahkan aku”.
Alisa hanya tersenyum.Mendapat perhatian Aris sudah membuat dia bahagia.
“Alisa, aku balik dulu.Esok aku melawat dulu.Assalamualaikum”,ucap Sakinah tiba-tiba.Dia mahu memberi ruang untuk pasangan di hadapannya berbual.
“Biar saya hantarkan”,tawar Aris.Sakinah hanya tersenyum sembil menggeleng.
Akhirnya, Aris terus mendapatkan Alisa yang sedang terbaring di atas katil.
“Kau tahu tak, aku risau bila dengar kau pengsan”,terpapar kerisauan di wajah Aris.
Alisa tersenyum.Kalau macam tu, masuk hospital hari-hari pun tak apa, fikir Alisa.Haisy, sempat lagi tu.
“Kau nak apa-apa tak?”ujar Aris.
“Belikan saya roti.Saya laparlah”,tanpa segan silu Alisa meminta.Siapa suruh main kuis-kuis nasi je tengah hari tadi.Dah pengsan sebab tak ada tenaga.Padan muka.
Pantas sahaja Aris keluar untuk membelikan roti seperti yang dipinta.
Alisa tersenyum sekali lagi.Ya allah, kau bukakanlah pintu hati suamiku agar dia dapat menerimaku sebagai teman hidupnya.Aku mohon padamu, kau hentikanlah waktu buat seketika agar dapat menikmati indahnya rasa disayangi oleh orang yang aku sayangi.Ameen.