January 31, 2015

Giveaway Free Template By CreamyLittleDiary

 Click Banner Untuk Join
Click Banner Untuk Join

Hadiah utama :
1 blog bertuah akan mendapat Free Template dari CreamyLittleDiary+
 diletakkan didalam bloglist CreamyLittleDiary

Saguhati:
10 blog bertuah akan diletakkan didalam bloglist CreamyLittleDiary

Pemenang akan dipilih melalui:
random.org 

 Pemenang akan diumumkan pada :
 3 April 2015, Insha Allah :)

Jomlah join ramai-ramai. Menarik kot hadiahnya...
So, Pyka nak tag :
1. Nadmuch
2. Nik Ailya

January 30, 2015

Mungkin...

Holla!
Nampak tak tajuk tu? Cuba teka Pyka try nak cakap dekat siapa? Mestilah Pyka nak cakap dekat diri Pyka sendiri juga korang yang sanggup pinjamkan mata korang untuk baca entry Pyka.

Apa yang tak baik bagai. Tak baik maksud Pyka ialah tak baik misjudge orang atau menilai orang secara RAWAK. Tak elok. Macam beberapa situasi dekat bawah ni :


Ingat tak kes ada perempuan ni mengamuk dekat sorang pak cik tu and caught on the camera. Ala akak yang naik kereta Porche kaler putih tu. Ramai kata akak tu tak bertatsusila. Memang tindakan dia tu melampau, but mungkin dia actually bertatasusila yang tinggi, cuma haritu mungkin dia baru break dengan boyfriend ke? Or PMS mungkin???


Ingat tak kes kumpulan B4N4 datang Malaysia? Mestilah sebab 'masih basah' . Nampak je budak yang kena peluk tu budak Islam, terus cakap those Korean guys diorang tak tahu batas-batas dalam agama Islam. Mungkin tanpa sedar diorang terpanggil lalu terpeluk budak- budak tu? Mungkin budak tu nak jatuh dan dia cuba tahan (cliche) budak-budak tu daripada jatuh? Rupa-rupanya...


Ingat tak video yang Puteri Awana upload dekat youtube.
'Eleh, baru couple seminggu pun nak jakun'
'Aku couple dah 5 tahun pun tahun pun tak upload dekat youtube. Account Keek pun aku takdak'
 Mungkin dia main true or dare dan di pilih dare untuk upload video merepek tu? Or mungkin dia buat saja-saja dan orang lain yang uploadkan pakai account youtube dia?

Pyka nak tunjukkan dekat sini, setiap isu atau andaian kita akan ada banyak 'MUNGKIN'. So, bila kita ada percanggahan pendapat, apa hak kita nak tentang? Diorang fikir pakaimotak diorang kot.

Kitaa tak boleh judge seseorang dengan satu kesalahan yang diorang buat dan kebetulan jadi viral. Kita pun mungkin pernah buat apa yang diorang buat tu, cuma belum rezeki kita untuk jadi famous.. Apa2 pun, Pyka dekat sini cuma  nak utarakan 'mungkin' Pyka. Pyka tak tuju kat sape2 ek.

*Pyka saje je boldkan mungkin untuk tunjukkan berapa banyaknye mungkin dalam setiap isu.

January 28, 2015

Tutorial : Buat dan letak cursor nama sendiri

Holla!
"Hurm, kenapa kau tiba-tiba buat tuto nyh?"
"Entahlah, aku pun tak tahu"
"Ceh!"
Sekian dialog berama diri sendiri.
Actually, Pyka tengah sakit hati dengan kucing putih yang datang dari mana-mana entah. Mencekik je kerjanya. Pembawakan budak ke? (Sebab kucing ni tengah bunting).
So, lets start our tutorial .

BUAT CURSOR SENDIRI


 First sekali korang kena download dulu pointer korang . Pyka sertakan beberapa, kalau nak download right click dan tekan save image. Jangan lupa komen .



 Then, jangan lupa SAVE . So, first buka Pixlr .

Lepastu tekan button Launch web App dekat Pixlr Editor. Then, dia akan keluar macam ni


Tekan create new image. Tandakan kotak transparent dan tekan okay.


Then, tekan layer dan tekan add image as layer. Pilihlah cursor yang korang dah save tadi.

 Then, tekan huruf A (macam yang pointer tunjuk dalam gambar dekat atas) dan taiplah nama korang. Hasil dia akan jadi macam ni




Tekan crop (macam gambar dekat atas) dan crop muat-muat cursor korang. Dan jangan lupa save. Tapi save as png tau.


Pyka rasa tuto ni dah cukup panjang. So, cara nak letak dekat blog korang, tekan SINI .

Sampai sini untuk tutorial yang ni. Jangan segan-segan tekan link yang Pyka bagi. Dah berjaya, jangan lupa komen and credit okeyh.... Aligato and Sayounara !

Tutorial : Letak cursor comel (Blogskin)

Holla!
Hari ni, alhamdulillah, Allah tiupkan kerajinan dalam diri Pyka untuk share sedikit ilmu yang Pyka ada. Pyka nak ingatkan, mungkin tuto Pyka ada sama dengan mana-mana tuto, tapi jujur Pyka cakap Pyka discover sendiri benda ni.
First, tekan DASHBOARD->TEMPLATE 
Then tekan Ctrl+f atau f3. Search perkataan body{
Copy code dekat bawah :

cursor: url (URL CURSOR),auto;
 Paste kan code tadi dekat bahagian bawah sekali untuk body{ . Lebih kurang macam nilah jadinya :


body {
background: url(http://wallpaperpanda.com/wallpapers/8c8/dkE/8c8dkErpi.jpg);
background-attachment: fixed;
font-family:Tahoma;
font-size:25px;color:#808080;
cursor: url (URL CURSOR),auto;}

Ganti URL CURSOR dengan url cursor yang korang suka. Kalau korang malas nak edit-edit bagai tekan SINI . Untuk ni, korang ambik dia punya URL tau. Tak tahu nak ambik yang mana, tanya je Pyka . Takpun, kalau nak letak cursor nama korang sendiri, tekan SINI .

So, kalau tak faham boleh tanya dekat shoutbox or dekat kotak comment. Insyaallah, Pyka jawab. Dah berjaya, jangan lupa bagitahu. Nak tahu juga tahap kepakaran Pyka memahamkan orang. Aligato and Sayounara !

Tutorial : Cari URL untuk gambar

Holla!
Sekarang Pyka nak share macam mana nak dapatkan URL gambar. So, follow these steps okeyh .


First, korang tekan create new post . So tekan benda alah letak gambar tu .


Then, pilihlah gambar mana korang nak letak. Then, gambar tu right click and tekan view image in new tab .


Then, copylah URL dekat atas tempat korang letak alamat website. (Sorry takdak gambar). So, itulah URL nyer!!!

Selamat mencuba dan berjaya!!!

January 26, 2015

My First Day Working!!

Hello and hai...

Ulat pun baca buku. Kau ada???
Penat juga rupa-rupanya kerja ni. Even duduk dekat office susun resit je (as my first job), habis pukul 12 Pyka terus kena pergi kelas. Kelas sampai pukul 3. Cakap pasal kerja lupa nak bagitau Pyka kerja apa. Pyka kerja clerk dekat office. Sementara tunggu result, kumpul-kumpul duit dulu sampai bulan 6 ni.

Actually, mesti korang pelik kan kenapa Pyka letak gambar ulat buku tu. Cuba teka, cuba teka. Hehehe (Mintak penampor). Kisahnya macam ni, masa Pyka tengah jalan kaki nak pergi kelas (jalan kaki kot. Kurus mak!), Pyka lalulah deretan-deretan kedai. Lalu punya lalu, Pyka lalu satu kedai nama dia Bookworm. Jet jet nak masuklah nak beli pen. Nasib baik tak sempat masuk lagi sebab dinding kaca. Tengok-tengok kedai tu jual singki. Wait, wait, wait, apa kena mengena bookworm dengan singki???

Okey, seidikit lawak pada hari ini (Lawak ke?)(Lawak kot)
Sekarang, Pyka nak share beberapa tips untuk cari kerja pulak :

  Apply dekat banyak tempat. Kalau ada nombor phone untuk jawatan kosong, ambillah. Apply je semua tempat. Kalau ada rezeki, salah satu mesti tersangkut. Kalau takde rezeki, TLDM lah jawabnya. Kalau Allah nak bagi rezeki lebih, you'll be like:

Dalam situasi ini anda boleh berbangga kerana semua mahukan anda. (Angkat-angkat kening sikit)

 Next, fokuskan dekat shopping complex. Okeylah walaupun nak kena saing dengan ramai 'Bangladesh Workers' even bila kita tanya perjabat dekat mana pun dia tak tahu nak jawab  apa (kena speaking kot). Di samping korang punya possibility tinggi untuk dapat kerja (sebab shopping complex memang nak ramai pekerja), korang juga boleh polish korang punya speaking skill. Tu kelebihan yang susah korang nak dapat dekat tempat lain. Hehehe.

 Masa nak apply tu, buatlah muka comel, muka cute korang yang selalu korang buat masa selfie tu (Uhuks!). Tapi berpada-pada sikit. Takut daripada dia sukacita nak melayan korang, jadi menyampah pulak. (Uhuks!) Tak pun bajet muka budak baik. Dah dapat kerja baru lah tayang tanduk ke, taring ke, ekor ke, tak kisahlah.

 Tak pun kalau susah-susah sangat, kerja dengan family. Contohnya jadi maid dekat rumah sendiri ke. Tak pun ambil upah tandakan buku sekolah anak murid parents ke (Kalau parents korang cikgu). Or else korang berniaga je. Macam dadih ke, muffin ke, kek ke. Gelang yang guna getah warna-warni kecik tu pun takpe (Hobi baru Pyka ;-) Modal sikit je, pulangan besar tau. Jangan risau, Pyka dah pernah jual. Tapi, pastikan marketnya strategik. acam gelang tu, jangan pulak jual dekat pejabat orang kerja (Kalau rezeki ade kot orang nak beli. Perhaps).

Hui, peluh dekat dahi dah boleh kumpul segelen (exaggerate). Ni tips ni Pyka taip based on my experience masa cari kerja. Alhamdulillah, sekarang Pyka dah tak menganggur. So, cubalah kalau sudi. Pyka cuma share sebagai buah fikiran (hehehe). Selamat mencuba dan Semoga berjaya!)

January 25, 2015

Don't Judge a Book by Its Cover

Tajuk bahasa Inggeris but tak semestinya entry pun bahasa Inggeris juga, okay?  Meh Pyka melayukan tajuk di atas:

'JANGAN NILAI SESEBUAH BUKU DENGAN KULITNYA'
?????
Lebih kurang macam tulah bunyinya. Hehehe. Okey, first of all Pyka minta maaf sebab tulis entry pasal orang lagi. (Suka hati akulah, blog aku!). Eh, tak cakap dekat korang cakap dekat diri sendiri. Hehehe.

Keburukan kalau kita suka judge orang based on their appearance :


Hahaha. Padan muka, suka misjudge orang. Okey, Pyka akui memang kita manusia fiilnya suka menilai orang berdasarkan rupa dan penampilan. Pyka jujur Pyka pun sama. Selagi nama kita manusia, kita tak terlepas daripada melakukan kesilapan, kan? (Cewahhh)


 Firstly, perasan tak apa yang selalu fikirkan. Okey, ni apa yang Pyka selalu fikir bila tengok seseorang. Tu pun kalau masa tu Pyka ada mood untuk berfikir. Hehehe.


Lepas tu bila tengok hakikat yang sebenar :
"La, takdelah cantik sangat pramugari ni. Aku lagi cantik"
"Pilot ke? Tak hensem pun"
"Nampak muka je skema, tapi kaki buli"
"Badan tinggi, tapi kerja lompat pagar sekolah je"

Teruknya misjudge Pyka. 360 degree tersasar.

 Kalau latihan rumah sukan, hui lagi tak boleh blah. Selalu dengar cikgu-cikgu dan kawan-kawan judge the person yang akan diuji. 
"Budak ni ________, mesti boleh ________ punya"

Isi tempat kosong dengan pasangan-pasangan di bawah :
Tapi, bila dah habis latihan rumah sukan, kita pun tengoklah atlet rumah sukan kita. Hahaha, bersimpang-siur tanggapan cikgu dengan kawan :

Sekali lagi, judge anda terhadap fizikal seseorang SALAH.

  Sebenarnya kita tak ada hak nak judge seseorang berdasarkan appearance dia. Takut bila kita judge dia benda yang tak betul, boleh jadi fitnah pula. Bahaya tu. Tak patut kita judge pengemis malas nak bekerja. Penagih dadah tak ada usaha nak majukan diri. Orang miskin masa kecil-kecil malas belajar. Perempuan mengandung hasil zina perempuan tak baik. Kesian diorang. Kita tak tahu mungkin pengemis tu dah usaha sedaya-upaya cari kerja tapi tak dapat. Penagih dadah tu mungkin dia dah usaha tapi orang keep on banned diorang. Orang miskin tu tak dapat further study sebab tak cukup duit. Perempuan mengandung hasil zina sebenarnya tanpa rela dia. Ingatlah, tak semua mereka macam apa yang kita fikir.

         Sebenarnya entry ni untuk mengingatkan sesama kita dan untuk diri Pyka sendiri. Jagalah hati dan akal kita. Biar buruk di mata manusia, asal cantik di mata Tuhan. Apa yang kita miliki ni pinjaman je. Jom, muhasabah diri! 

January 22, 2015

Gorgeous Vs Beautiful

Hye,,,, selaat berteu kembali...(Ada macam rancangan tv tak??") Okey, cuba tengok tajuk dekat atas... Cuba baca... Nampak je tajuk, dah tahu dah Pyka nak cakap tentang PERBEZAAN between both words.

Eh, budak ni! Ada lah. Actually, Pyka pun baru tahu semalam masa Pyka attend English class. Korang terfikir tak kenapa orang Eropah suka wujudkan two different words albeit we know that both have the same meaning. Contohnya macam beautiful dengan gorgeous. Both word do not obviously different but there are actually slightly different in the meaning in Europe. Jom kita mulakan sesi kita iaitu BEAUTIFUL VS GORGEOUS.


Beautiful ni sebenarnya lebih merujuk kepada hati. Maksudnya hati yang cantik dan pekerti yang   baik. Kalau gorgeous pula maksudnya dia cantik dari segi pakaian. Cantiklah fizikal.


Beautiful
Gorgeous


Pyka dah definekan maksud sebenar dan tujuan wujdnya kedua-dua perkataan dekat tajuk tu . (Cewah ayat skema nak mati). Hehehe. Pyka bukan nak compare those two words. But Pyka nak compare the MEANING of both words.


Ramai orang sekarang ni gorgeous but not beautiful. You get me? Kebanyakan luaran je cantik tapi hati di dalam gelap macam jalan tar. Macam ni :


Apa guna kalau cantik tapi perangai huha huha (maksdunya tak semengah).

Ramai yang lebih mementingkan kecantikan luaran tapi dalaman dibiarkan terabai . Macam kereta lah :

Ramai orang tukar enjin, tukar side mirror even bumper pun kalau ada yang bunga-bunga nak tukar juga. Tanpa kita perasan yang enjin dia terbatuk-batuk sebab dah lama tak servis. Hahaha (Just for example) Tengok, mana yang penting. Enjin ke body? Sah-sah lah enjin. So ini bermaksud jaga hati lebih penting daripada jaga luaran .


Ramai orang sekarang lebih memilih awek or pakwe yang cantik dan hensem. Diorang tak kisah pun perangai awek atau pakwe diorang macam mana . Asalkan "I ada pakwe hensem, you ada?" (cakap ala-ala perempuan gedik sikit).

Bayangkan, kalau kita switch yang dalaman jadi luaran, luaran jadi dalaman. Mesti lari awek or pakwe kita. Better buruk dekat luar daripada busuk hati. Lebih baik muka macam Hulk tapi hati sesuci embun(ha, datang dah sesteranya) .

Apa yang Pyka nak sampaikan sekarang ni ialah pandanglah seseorang dengan mata hati. Kita patut nilai seseorang pada hati dan pekerti bukan rupa . Apa guna seorang rupawan tetapi hati kotor dengan penyakit hati.

         Ibarat buah. Biar kulit buruk tapi isi masih elok nak dibanding kalau kulit elok tapi isi busuk. Dah tak boleh makan. Biarlah kita buruk di mata manusia tetapi cantik dan indah di mata Allah. Insyaallah.

Sampai sini je coretan Pyka, hope to leave a comment. Pyka minta maaf kalau ada yang terasa. Bye!