June 23, 2016

12 Amazing Days...

Hai... Lama jugak eh Pyka tak update dekat blog ni. Yelah, since sekarang Pyka tengah cuti sebelum sambung belajar dekat USM lagi beberapa bulan, Pyka berhasrat untuk kembali aktif menaip dalam blog ni.

Untuk pengetahuan korang, alhamdulillah pada 28/5/2016, Pyka sekeluarga telah dijemput olehNya untuk ke Tanah Suci. Alhamdulillah. Tak dapat dinafikan, pelbagai cabaran yang Pyka terpaksa tempuh dalam melaksanakan ibadah dekat sana.

Sebagai persediaan, kita kena mind set awal-awal. Bukan mudah untuk mendapat sesuatu kejayaan, terutamanya untuk berada dalam kalangan hamba-hamba yang berjaya mendapat syurga. Jadi, ujian sebegitu memang nak tak nak akan terpaksa kita tempuh juga. Setiap ujian yang Allah timpakan dekat kita, pasti ada ganjarannya. Jadi, bersabarlah.

Macam Pyka sendiri, ujian pada fizikal bukanlah satu penghalang sebab Pyka masih muda dan sihat, alhamdulillah. Cuma, Pyka menghadapi masalah 'kewanitaan'. Ujian kesabaran di mana Pyka perlu keluar dari masjid (ke tandas) untuk memperbaharui wudhuk Pyka. Kenapa Pyka kata ni merupakan satu ujian? Yang dah pergi mesti tahu kenapa. Pertama, tempat wudhuk dengan masjid sangat sangatlah jauh. Lagi 30 minit nak masuk waktu solat, masjid dah penuh lagi-lagi Masjidil Haram. Banyak pintu yang akan ditutup. Memanglah ada tempat sembahyang disediakan dekat perkarangan masjid, tapi siapa tak nak kejar 100,000 ganda pahala solat betul? Second, kerenah manusia dekat situ pun kita perlu hadapi dengan penuh kesabaran. Setiap kali Pyka nak masuk masjid selepas pergi tandas, Pyka akan berdebar-debar. Sebabnya? Sebab Pyka kena berebut-rebut dengan beratus-ratus manusia untuk masuk ke dalam masjid, sampai tolak-menolak. Kadang-kadang, sampai depan pintu masjid orang sembahyang. Tapi tak apa, besar ganjarannya untuk orang bersabar. Jadi, redha dan sabar ye.

Sorry cakap banyak. Ni ada beberapa gambar yang sempat Pyka tangkap dekat sana. Tak banyak pun. Enjoy!

Di depan Jabal Uhud

Dekat Bir Ali. Niat ihram untuk umrah pertama.

Mak kata ni gambar paling mahal. Alhamdulillah, depan Kaabah yang mampu buat Pyka sebak setiap kali tawaf.

Dekat bukit Safa. Masa ni bawak adik jalan tengok safa dan marwah.